nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kabinet setuju buka semula pengambilan pekerja warga asing

10 DIS : Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju pengambilan pekerja asing dibuka untuk semua sektor selain daripada sektor perladangan dan bersetuju agar Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan pekerja asing dari Bangladesh.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan  berkata Kabinet turut bersetuju supaya pelaksanaan levi pelbagai peringkat ditangguhkan dari 1 Jan 2022 kepada1 Julai 2022 agar majikan tidak terbeban.

“Susulan itu, pengambilan pekerja asing akan dibuka untuk sektor yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing, iaitu perladangan, pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan perkhidmatan domestik.

Datuk Seri M Saravanan

“Memandangkan kemasukan pekerja asing akan merangkumi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan dan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing, termasuk aspek kuarantin bagi memastikan tiada kompromi dari segi keselamatan dan kesihatan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Jemaah Menteri telah bersetuju agar beliau menandatangani MoU dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmad bagi pengambilan pekerja Bangladesh di Malaysia.

“Kemasukan pekerja warga Bangladesh ini akan dilaksanakan sejurus MoU tersebut ditandatangani dalam masa terdekat,” katanya.

Negara berdepan masalah kekurangan pekerja yang kritikal membabitkan lima sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) iaitu perladangan, pembuatan, pembangunan, pertanian dan perkhidmatan kerana tidak mendapat sambutan rakyat tempatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.