nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRU15 : Beri ruang kepada PM tentukan masa yang sesuai

12 DIS : Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menggesa pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) agar memberikan ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan masa yang paling sesuai mengadakan PRU-15.

Gesaan Presiden MIC itu mendapat persetujuan sebulat suara daripada Perwakilan MIC pada Perhimpunan Agung ke-75.

Menurutnya, beliau juga telah berbincang dengan parti komponen BN, MCA dan PBRS dan masing-masing turut bersetuju memberi mandat yang sama kepada Naib Presiden UMNO itu.

Malah, pihaknya telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada pagi tadi.

“Kami ketiga-tiga parti komponen BN telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab mengadakan PRU kepada kebijaksanaan Yang Amat Berhormat dan hasrat ini telah diberitahu kepada Pengerusi BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di ibu negara

Hadir sama, Ismail Sabri dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Terdahulu di dalam ucapannya, Vigneswaran turut mencadangkan beberapa intervensi yang perlu disegerakan yang pendidikan, perkara yang paling asas dalam Agenda Pemerkasaan Sosio Ekonomi masyarakat India dan keutaaman akan ditekankan daripada peringkat tadika hinggalah ke menara gading.

Katanya, daripada keseluruhan 527 buah sekolah Tamil, kurang daripada 200 buah sekolah mempunyai tadika dengan jumlah 222 kelas.

“Demi memastikan murid-murid sekolah Tamil mempunyai equal start dengan murid-murid lain, MIC menyeru pihak kerajaan untuk menambah bilangan kelas tadika di sekolah-sekolah Tamil yang lain di mana murid-murid juga diberi sarapan dan guru-guru disediakan dengan bahan pengajaran.

“Walaupun perkara ini telah dipersetujui dan mula dilaksanakan oleh kerajaan BN lalu tetapi ia telah tergendala selepas pilihanraya umum 2018. Penyediaan kelas tadika dengan kadar segera adalah penting supaya tiada kanak-kanak terutama daripada golongan B40 tercicir daripada mendapatkan pendidikan penyediaan sebelum ke darjah satu.

“Peruntukan bagi gaji guru dan penolong guru kelas tadika yang sedia ada perlu diberi oleh pihak kerajaan setiap tahun secara kekal dan bukannya melalui permohonan setiap tahun seperti sekarang, melalui MITRA,” ujarnya.

Tegasnya, amalan ini akan menjamin guru dan penolong guru tidak mengalami kesusahan seperti tahun ini di mana lebih daripada 500 guru dan penolong guru kelas tadika terpaksa menunggu sehingga bulan November untuk menerima peruntukan daripada MITRA.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan berhubung penggubalan satu Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengawal segala bentuk provoksi perkauman dan memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai masyarakat negara ini.

Menurutnya, perkara itu amat penting apabila tidak sama sekali membenarkan pihak tertentu mencemarkan keharmonian perpaduan rakyat.

Jelasnya, kemajuan dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini dengan keadaan yang aman selama ini telah membolehkan kerajaan merancang pembangunan negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.

Selain itu, Vigneswaran menyatakan pendirian tegas MIC agar tiada lagi kes mati tahanan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dalam tahanan.

“Polis Diraja Malaysia harus melakukan segala-galanya untuk menghentikan daripada berlakunya kes-kes seperti itu. Hak asasi setiap rakyat harus dipertahankan mengikut perlembagaan negara kita,” jelas beliau.

Beliau juga mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih buat Perdana Menteri atas keprihatinannya terhadap masyarakat India dalam mengambil keputusan meneruskan Pelan Tindakan Masyarakat India yang telah diketepikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.