nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan sediakan pelbagai inisiatif pastikan nasib kaum India terbela

12 DIS :  Kerajaan sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan rakyat yang masih memerlukan perhatian diberi bantuan yang sewajarnya dan akan memastikan tidak ada mana-mana kaum yang tertinggal atau terpinggir berbanding kaum lain dalam arus pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kebajikan kaum India di negara ini menjadi salah satu keutamaan kerajaan di mana pada tahun ini sahaja, kerajaan telah menyediakan bantuan tunai, 8.4 juta kepada B40, dan Geran Khas Prihatin (GKP) 1 juta kepada PKS Mikro.

Katanya, komuniti India di negara ini juga bakal menerima manfaat, lebih RM600 juta daripada Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun 2022.

“Khusus untuk komuniti India bagi tahun 2022, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Antara lain untuk melaksanakan program bantuan kewangan pengajian, bagi komuniti India B40, program pembangunan kapasiti keusahawanan, dan juga bantuan kebajikan.

“Selain itu, RM25 juta telah disediakan melalui TEKUN untuk Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India, dengan pembiayaan pinjaman mudah sehingga RM100 ribu, dan pada kadar faedah serendah 4% setahun.

“HRD Corp juga akan mengkhususkan sehingga RM25 juta untuk latihan kemahiran bagi belia India B40. Kementerian Pendidikan pula akan memperuntukkan RM35 juta untuk penyelenggaraan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri ketika hadir di Perhimpunan Agung MIC ke 75 yang diadakan di MITEC hari ini.

Kerajaan juga menurut Ismail Sabri bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India demi kepentingan masyarakat India di negara ini dalam usaha untuk memastikan perancangan jangka pendek dan panjang di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dapat dilaksanakan.

“Satu pelan tindakan untuk masyarakat India sudah dibentuk. Ia dikenali sebagai Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dan akan dilancarkan dalam masa terdekat, merangkumi pelbagai sasaran jangka pendek dan panjang, bersama agensi peneraju dan pelaksana.

“Kerajaan akan memastikan taraf hidup masyarakat India terus diperbaiki berpandukan PTMI dan penambahbaikan akan dilakukan, dari semasa ke semasa sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan Bajet 2022,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menyeru pemimpin MIC agar terus proaktif dan prihatin terhadap keadaan semasa, bukan sekadar bertujuan meraih sokongan masyarakat pada PRU15 yang akan datang, tetapi melakukannya dengan penuh keikhlasan, sekali gus terus memperjuangkan kepentingan kaum India khususnya, dan rakyat keseluruhannya.

“MIC telah melalui ujian masa dan zaman. Pelbagai cabaran dan peristiwa telah diharungi sejak penubuhannya pada tahun 1946. Pada masa ini, MIC tetap berdiri teguh dalam arena politik tanah air. MIC sudah membuktikan mereka bukan saja pejuang sejati untuk masyarakat India di Malaysia, malah rakan setia dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin, sejak PRU14, ramai masyarakat kembali menyokong MIC. Mereka menyesal kerana tersalah pilih akibat terbuai dengan janji-janji palsu Pakatan Harapan (PH). Kini mereka sedar bahawa MIC adalah pejuang sejati untuk masyarakat India di Malaysia,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran Sanasee dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, yang telah berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding, bagi penggal 2021-2024.

Katanya, beliau percaya dengan mandat yang diberikan oleh ahli-ahli parti itu akan terus menyuntik semangat jitu kepemimpinan MIC, dalam usaha untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat kaum India di negara ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.