nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cuti kecemasan buat kakitangan awam, RM100 juta baiki kerosakan

19 DIS: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir dan peruntukan awal RM100 juta untuk membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak.

Perdana Menteri berkata, untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka.

“Berapa lama cuti itu, kakitangan boleh berbincang dengan ketua jabatan masing-masing. Ini termasuk kakitangan awam pada peringkat kerajaan negeri.

“Untuk kakitangan swasta, kita minta mereka berbincang dengan majikan…saya tahu tiada peruntukan undang-undang berkaitan cuti banjir ini, namun ia boleh dilaksanakan atas sifat kemanusiaan,” katanya di Twitter hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak itu.

“Peruntukan ini akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan, setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1,000.

Menurutnya, jumlah mangsa banjir berlindung di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah seluruh Selangor meningkat kepada 15,000 hari ini dan setiap PPS itu perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, BH melaporkan aliran trafik dipercayai bergerak perlahan di Lebuhraya Persekutuan, dekat Batu 3, Shah Alam, selepas laluan itu kembali dibuka tengah hari tadi.Polis dilaporkan menutup 20 laluan yang dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda beberapa daerah di Selangor, sejak malam tadi.

Antara yang ditutup ialah Jalan Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13 dan Jalan HICOM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.