nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan polis halang NGO hantar bantuan tidak benar

21 DIS :  Dakwaan tular melalui media sosial yang mendakwa pihak berkuasa menghalang badan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan menghantar makanan adalah tidak benar, demikian menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Katanya menerusi satu kenyataan hari ini, tindakan pihak berkuasa mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir di sini adalah untuk mengelak kesesakan ketika operasi menyelamat mangsa bencana sedang dilaksanakan, bukan menghalang  seperti dakwaan yang ditularkan.

“Ketika kejadian yang ditularkan melalui aplikasi Tik Tok itu, pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa.

“Semasa kejadian, polis bersama agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bertungkus lumus menyelamat dan mengeluarkan mangsa banjir dari kawasan Seri Muda yang ditenggelami air.

“Jadi, hanya sebahagian kenderaan NGO dibenarkan masuk dan kebanyakan kenderaan orang awam tidak dibenarkan masuk dan keluar tanpa kebenaran. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan dan memberi laluan kepada lori yang keluar masuk membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan tersebut.

Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib

Tular di Tik Tok sebelum ini dakwaan pihak tertentu dihalang menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Taman Seri Muda

Katanya lagi, tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir itu juga adalah bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk memandangkan paras air sungai semakin meningkat pada masa itu.

Ini kerana menurutnya, pihak polis khuatir kesesakan di lokasi akan tambah memudaratkan semua pihak, menyukarkan lagi proses menyelamat nyawa mangsa.

“Keprihatinan semua NGO dan orang awam amat dihargai dalam membantu mangsa banjir, namun semua pihak diminta patuh arahan pihak berkuasa supaya memudahkan proses menyelamat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil tindakan segera bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir dengan agihan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.