nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Omicron : London batal acara sambutan Tahun Baharu

21 DIS : Kota London membatalkan acara tahun baharu ekoran kebimbangan lonjakan kes jangkitan varian Omicron yang kini berada di tahap tinggi, demikian tegas Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Menurutnya, pihaknya perlu melakukan segala yang mungkin untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu.

Ini bermakna katanya, kota London tidak akan menganjurkan acara sambutan untuk lebih 6,000 orang berhimpun di Dataran Trafalgar pada malam Tahun Baharu seperti sebelum ini.

“Ini pastinya sangat mengecewakan bagi kebanyakan warga London, tetapi kita mesti mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan penyebaran virus ini,” katanya.

Pihak berkuasa bandar raya London juga berkata, akan ada siaran langsung mengenai acara sambutan Tahun Baharu yang menakjubkan yang disiarkan stesen penyiaran BBC.

Kadar kes harian COVID-19 berulang kali mencatatkan kes tinggi hingga memecahkan rekod sepanjang minggu lalu di United Kingdom, yang juga satu daripada negara Eropah yang paling teruk dilanda virus itu, dengan lebih daripada 147,000 kematian dan kini berjuang bagi membendung Omicron.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Boris Johnson menentang tekanan pelbagai pihak untuk mengetatkan sekatan pergerakan semasa Hari Krismas hujung minggu ini, dan berikrar untuk memastikan perkara itu sentiasa dalam semakan dan kajian berterusan.

Sementara itu, Paris juga sudah mengumumkan bahawa pertunjukan bunga api tahunannya dan acara lain berkaitan sambutan Tahun Baharu akan dibatalkan dan Jerman dijangka akan mengikutinya, termasuk bercadang untuk menutup kelab malam dan mengehadkan jumlah kehadiran parti persendirian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.