nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Angka mangsa banjir di PPS menurun setakat malam ini

27 DIS : 21,544 mangsa banjir daripada 6,563 keluarga dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat malam ini.

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 21,846 petang tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 138 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Selangor menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 8,644 mangsa di 45 PPS pada malam ini berbanding 8,715 mangsa di 46 PPS pada petang tadi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan pada jam 6.30 petang, memaklumkan hujan lebat berterusan telah diterima di daerah Hulu Langat selama dua jam.

JPS menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir supaya sentiasa waspada danmengambil tindakan sewajarnya serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di Negeri Sembilan menurun kepada 58 individu daripada 19 keluarga berbanding 82 mangsa daripada 26 keluarga petang tadi.

Katanya, sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Dato Undang Abdullah ditutup pada jam 4 petang tadi menjadikan dua PPS masih beroperasi di Jelebu setakat ini.

Manakala di Pahang pula, sebanyak 12,692 mangsa banjir masih ditempatkan di 90 PPS di enam daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Temerloh, Bentong dan Bera malam ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya dua sungai di Pahang yang berada di paras amaran iaitu Sungai Lipis di Benta dengan trend menaik manakala Sungai Kundang di Maran dengan trend menurun.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam pada itu melaporkan hampir semua laluan sudah dibuka, kecuali di sembilan lokasi antaranya di Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut), Jalan Ulu Dong (Raub), Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis) dan Jalan Sungai Lembing (Kuantan).

Jumlah mangsa banjir di Kelantan pula mencatatkan penurunan setakat jam 9 malam ini, apabila 152 orang daripada 46 keluarga berbanding 218 orang daripada 69 keluarga, petang tadi, membabitkan dua PPS yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Dua PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dan SK Gual Periok.

Menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.

Sementara itu di Melaka, jumlah mangsa banjir masih kekal 26 orang daripada lapan keluarga setakat jam 8 malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata hanya PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin dibuka bagi menempatkan semua mangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.