nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia sinar baharu buat rakyat

1 JAN: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena perutusan Tahun Baharu malam tadi diharapkan dilaksanakan dengan cepat dan sebaiknya bagi memberi sinar baharu kepada rakyat dan negara.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata Kerajaan dilihat sedang berusaha mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan tanggungjawab sesebuah Kerajaan dalam memelihara masa depan rakyat dan negara.

Katanya, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan Ismail Sabri jelas memberi alternatif kepada cadangan lain mahupun usaha-usaha yang telah diumumkan.

“Sebelum ini timbul kekhuatiran bahawa antara tawaran yang telah diumumkan lebih awal, iaitu pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN Nasional) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) walaupun pada kadar 0% faedah dan moratorium automatik, akan menambah hutang mangsa banjir.

SHAHRIL SUFIAN

“Ternyata pandangan ini telah diambil kira dan kali ini, sebagai tambahan, Kerajaan tampil dengan bantuan-bantuan berbentuk suntikan perbelanjaan dari Kerajaan, bukannya simpanan pencarum sendiri.

“Jumlah bantuan tunai dan baucar tunai kepada mangsa banjir juga mencecah RM10,000, malah amaun lebih besar daripada itu jika kerosakan kediaman yang serius atau kemusnahan kediaman iaitu sehingga RM61,000,” katanya dalam Facebooknya malam tadi.

Menurutnya, pengumuman itu dapat mengelak mangsa banjir yang masih mempunyai simpanan KWSP daripada terus ‘meminjam’ dari masa depan sendiri dan terlepas peluang pendapatan dividen tahunan KWSP.

Dalam pada itu Shahril Sufian berkata, keutamaan Kerajaan tahun 2022 iaitu merancakkan kembali ekonomi makro dan ekonomi rakyat adalah atas faktor tanda-tanda positif mutakhir ini seperti peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), pengurangan pengangguran, kenaikan nilai jualan borong dan runcit.

“Saya berharap, penularan varian Omicron juga dapat diurus supaya merealisasikan harapan kebangkitan ekonomi dunia dan khususnya negara Malaysia pada tahun 2022.

“Tidak dinafikan, timbul keresahan akibat angka-angka penularan dan kebolehjangkitan tinggi yang disaksikan di negara lain sehingga melepasi rekod-rekod sebelum ini. Misalnya, kes harian baharu Amerika Syarikat (589,000), Perancis (206,000) dan United Kingdom (188,000).

“Namun, kita juga wajar mengambil maklum petanda awal dari negara lain turut menggambarkan bahawa varian ini mungkin tidak ‘seganas’ varian lain, dengan kadar kemasukan hospital dan kematian lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.