nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan lebih 30 peratus peningkatan kluster baharu

3 JAN : Sebanyak 33.3 peratus peningkatan kluster baharu jangkitan COVID-19 di negara ini dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-52 berbanding ME ke-51.

Menurut Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan ketara itu adalah bagi kategori kluster tempat kerja dan kluster import, manakala kategori kluster lain menunjukkan penurunan kecuali kluster komuniti dan pusat tahanan yang kekal statik pada ME ke-52.

“Peningkatan kluster tempat kerja ini menunjukkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) masih lagi di tahap yang rendah. Hal ini tidak seharusnya berlaku memandangkan masyarakat di negara ini sepatutnya sudah cakna kepentingan SOP dalam memutuskan rantaian COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, KKM mengingatkan masyarakat pematuhan kepada SOP masih perlu diamalkan walaupun populasi Malaysia sudah mencapai 78.4 peratus lengkap divaksinasi supaya penularan COVID-19 dapat dikurangkan seiring dengan pembukaan semua sektor ekonomi dan peningkatan aktiviti sosial.

Selain itu, katanya, KKM turut melihat penurunan 3.6 peratus bagi kluster aktif, berbanding ME ke-51.

“Selain itu, sebanyak 40 kluster sudah diisytiharkan tamatpada ME ke-52 dengan peratusan kluster tamat ini menurun 24.5 peratus berbanding ME ke-51.

“Pada ME ke-52, sebanyak 18 kluster tempat kerja dikesan, diikuti lima kluster komuniti; empat kluster import; dua kluster pusat pendidikan dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster aktiviti keagamaan dan kluster pusat tahanan,” ujarnya.

Pengembara dan individu yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah menurut Dr Noor Hisham diingatkan agar tidak menerima kunjungan daripada ahli keluarga, sahabat dan jiran ketika dalam tempoh menjalani kuarantin bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 kepada pelawat dan seterusnya kepada komuniti.

Mengenai penularan varian Omicron, Dr Noor Hisham berkata pihaknya sudah melaksanakan beberapa langkah bagi mengelakkan penularan virus itu dalam komuniti, termasuk antara langkah yang berkuatkuasa mulai hari ini.

“Seperti dilaporkan sebelum ini, pada ME ke-51 dan ke-52, kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 1,161 kes, berbanding Singapura (913 kes), Indonesia (8 kes) dan United Kingdom (49 kes).

“Jemaah umrah yang baru tiba di negara ini perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bagi pengembara dari negara lain, mereka boleh membuat permohonan untuk menjalani kuarantin di rumah melalui aplikasi Home Quarantine Application (HQA) iaitu https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index.

“Selepas penilaian risiko dilakukan oleh pasukan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) dan HQA diluluskan, pengembara boleh menjalani kuarantin di rumah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.