nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SKS Airway bakal ‘terbang’ tidak lama lagi

6 JAN: SKS Airways Sdn Bhd bakal muncul peserta baharu industri penerbangan negara apabila menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) 1 Januari lalu.

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad, berkata kejayaan tersebut membolehkan syarikat itu bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.

“Ini menjadikan SKS Airways sudah boleh beroperasi secara rasmi dan kami tidak sabar untuk melayani pelanggan di samping mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, SKS Airways sudah bekerja keras untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memfokuskan kepada destinasi laluan yang belum atau kurang diteroka.

“Kami juga akan mula menerima tempahan penerbangan tidak lama lagi.

Pelanggan boleh melayari www.sksairways.com untuk maklumat lanjut,” katanya.

SKS Airways sebuah anak syarikat SKS Group yang berpangkalan di Johor Bahru adalah syarikat penerbangan komersial berjadual terbaharu di Malaysia yang diberikan ASL penuh.

ASL penuh diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo mengikut jadual tetap menggunakan udara antara dua tempat, selagi ia berada dalam sempadan Malaysia.

Lesen itu hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memegang Sijil Pengendali Udara (AOC) sah yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

SKS Airways menerima AOC itu pada 1 Oktober 2021.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.