nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif tangani inflasi

21 JAN : Peningkatan inflasi memberi kesan kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia, terutama yang berpendapatan rendah dan menyedari perkara itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif sudah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan asas untuk meringankan beban ahli Keluarga Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, melalui Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM31 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif, ini termasuklah pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel, serta minyak masak dan tepung.

“Di samping itu, RM200 juta diperuntukkan untuk membantu mengurangkan harga barang keperluan penduduk luar bandar.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan RM400 juta untuk menstabilkan harga minyak masak bagi tahun ini di samping memanjangkan program mekanisme kawalan harga minyak masak sehingga bulan Mac 2022 dengan kos sebanyak RM150 juta,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, katanya melaksanakan beberapa inisiatif untuk memantau harga barangan termasuk menggerakkan kira-kira 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PPH) secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara.

Kerajaan juga menurut Mustapha telah memulakan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) berkuat kuasa 1 Januari sehingga 4 Februari 2022 membabitkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas dan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) sebanyak RM100 juta di 222 kawasan Parlimen sehingga Mac 2022.

Katanya lagi, kerajaan akan memperketat penguatkuasaan ke atas perundangan berkaitan seperti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga-peniaga sentiasa menjalankan perniagaan secara beretika serta tidak mengambil kesempatan untuk mengambil untung secara berlebihan sehingga mengakibatkan peningkatan hargabarangan atau perkhidmatan.

“Kerajaan sentiasa memantau harga barangan terutama barangmakanan dan mengambil langkah bagi mengelakkan kenaikan yang tidak munasabah, sekali gus mengurangkan beban kepada rakyat keseluruhannya,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.