nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahmad Zahid pilih beri keterangan bersumpah

24 JAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat saksi, selepas diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah dan jenayah berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Susulan itu, sepanjang tempoh proses pembelaan diri kelak, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan disoal oleh barisan peguam bela yang mewakilinya dan pihak pendakwaan berpeluang menyoalnya ketika pemeriksaan balas.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas memihak kepada pasukan pendakwaan, yang berpendapat wujud prima facie berhubung kes itu.

Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Ahmad Zahid (dua dari kanan) akur dengan perintah mahkamah yang mengarahkannya membela diri atas 17 pertuduhan rasuah dan jenayah.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Sementara itu, Ahmad Zahid akur dengan keputusan mahkamah itu meskipun ia tidak memihak kepada beliau.

Beliau menegaskan, pihaknya akan tetap menghormati keputusan dan prosedur mahkamah namun pasukan peguamnya akan meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.

Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Beliau mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya berkaitan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram, puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini sudah menetapkan tarikh pada Mac, April, Mei dan Jun untuk prosiding membela diri.

Tarikh itu ialah 28 hingga 31 Mac, 11 hingga 13 April, 26 hingga 28 April, 23 hingga 26 Mei dan 27 hingga 30 Jun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.