nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MUDA sah bertanding PRN Johor

29 JAN: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, PRN Johor menjadi negeri pertama parti itu bertanding secara rasmi.

“Johor adalah permulaan bagi MUDA. MUDA adalah perubahan bagi Johor.

“Jadi, marilah kita bersama-sama membina Johor yang bersatu padu dan sejahtera. Mari Bersama MUDA,” kata Syed Saddiq menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya pada malam tadi.

Syed Saddiq yang juga pengasas MUDA sebelum ini dilaporkan mengumumkan parti itu telah didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 23 Disember 2021.

Pada 25 Januari lepas, Pengerusi Muda Johor, Mohd Azrol Ab Rahani dilaporkan berkata, Syed Saddiq mungkin bertanding pada PRN Johor selain mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada BERSATU bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon PAS, Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti-parti politik yang bertanding.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse dilaporkan berkata, PH Johor bakal bertemu dengan MUDA esok untuk membincangkan kerjasama politik antara mereka.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad, pula berkata kerusi Syed Saddiq tertakluk kepada rundingan pusingan kedua esok.

“Masih belum ada rundingan di mana Syed Saddiq akan bertanding walaupun banyak khabar angin sudah kedengaran.

“Rundingan pusingan kedua antara PH Johor dan MUDA akan berlangsung nanti, akan memuktamadkan butiran PRN terutama soal pengagihan kerusi dan calon.

“Dalam erti kata lain, jumlah 20 kerusi diagihkan kepada PKR dan AMANAH manakala DAP dengan 16 kerusi masih belum muktamad sepenuhnya.

“PKR, AMANAH dan DAP akan mengagihkan semula kerusi yang dimiliki itu kepada MUDA atas semangat setia kawan berikutan parti itu menyertai khemah besar PH.

“Rundingan pusingan ketiga bersama parti lain termasuk Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan bermula sebaik komitmen mereka bersama khemah besar PH bagi menghadapi PRN Johor dimuktamadkan.

“Dijangkakan semua rundingan akan berakhir sebelum mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.