nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa ribut terima bantuan tunai RM1,300

31 JAN:  Mangsa kejadian ribut dan puting beliung yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana petang semalam akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata setakat ini sebanyak 219 rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut yang berlaku pada kira-kira 6 petang, semalam.

“Kerajaan negeri akan memberi wang ehsan sebanyak RM300 di setiap rumah terlebih dahulu pada hari ini dan kontraktor yang efisien juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah mereka kerana atap rumah yang diterbangkan angin perlu diganti segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya hujan.

Saarani (kanan) hari ini meninjau lokasi bencana akibat ribut di Ipoh semalam.

“Ia perlu diselesaikan secepat mungkin kerana dibimbangi jika hujan, maka air hujan membuatkan kerosakan lebih teruk dalam kawasan rumah jadi kita sedang sedaya upaya selesaikan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan ke kawasan terjejas yang turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Saarani berkata bantuan Wang Ihsan NADMA daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1,000 akan turut diberikan kepada mangsa dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mastura berkata pihaknya sedang menunggu senarai mangsa dan kediaman yang terbabit daripada Pejabat Daerah Kinta untuk menyalurkan bantuan Wang Ihsan NADMA dengan segera.

“Pada hari ini, NADMA juga menyampaikan kotak makanan kepada penduduk yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya.

Kejadian pada kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang dan kerosakan rumah penduduk serta tiang elektrik namun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu, Mohd Zolkafly berkata pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keselamatan orang ramai dan mengelak perkara yang tidak diingini berikutan tiang elektrik tumbang serta kabel elektrik yang berselirat.

“Bekalan elektrik akan disambung semula di kawasan perumahan dan kampung yang terbabit apabila kerja baik pulih selesai dijalankan dan penduduk diharap dapat bersabar,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.