nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan telur dijangka pulih dalam masa terdekat

5 FEB : Masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran sejak kebelakangan ini, dijangka pulih dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata kementerian sentiasa melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia, untuk memastikan bekalan telur ayam dalam pasaran.

Namun, katanya, peningkatan kadar pembelian telur ayam sebelum, ketika dan selepas Tahun Baharu Cina, selain ladang ternakan serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang cuti perayaan itu, menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam di pasaran.

“Berdasarkan data yang kita ada, penggunaan telur ayam di Malaysia adalah sebanyak 30 juta biji sehari, maknanya hampir seorang sebiji (makan telur ayam) sehari. Ini adalah penggunaan yang cukup banyak.

“Minggu ini, memang kita nampak kekurangan stok. Stok akan lebih daripada apa yang diperlukan bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Dataran Pasar Tani Kuala Ping, Kuala Berang hari ini.

Datuk Rosol Wahid

Dalam pada itu, beliau berkata, masalah kekurangan bekalan ayam juga akan pulih akhir bulan ini, berikutan peningkatan pengeluaran ayam selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, data menunjukkan bekalan ayam kurang tiga juta ekor ayam, bulan ini, iaitu 57 juta ekor ayam sahaja berbanding purata 60 juta ekor setiap bulan atau dua juta ekor ayam sehari.

Rosol berkata, pembekal dan pengusaha ladang ternakan ayam juga diarah untuk mengemukakan laporan jumlah stok bekalan ayam secara mingguan kepada pihak kementerian, bagi membolehkan langkah segera diambil jika bekalan bahan makanan itu berkurangan.

Sementara itu, Rosol berkata, kerajaan mengehadkan tiga paket minyak masak satu kilogram bagi memastikan bekalannya mencukupi.

Kerajaan juga, katanya, memantau tindakan pihak tertentu yang membeli minyak masak paket pada harga RM2.50 itu dengan banyak dan mencampurkannya dengan minyak masak terpakai untuk dijual kepada industri biodiesel pada harga kira-kira RM4.50 sekilogram.

Selain itu, Rosol berkata, PJKM yang dijalankan di 24 lokasi seluruh Terengganu bermula 2 Disember 2021, menjana hasil jualan sebanyak RM969,000, membabitkan kehadiran hampir 20,000 pengunjung. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.