nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pisah kuasa AG-Pendakwa Raya: J’kuasa tunggu maklum balas AGC

26 OKT : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) akan mengadakan mesyuarat susulan minggu depan selepas menerima maklum balas Pejabat Peguam Negara (AGC) berkait cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, AGC diberi tempoh dua minggu untuk memperincikan maklum balas terhadap perkara yang dibangkitkan berhubung cadangan itu.

“Memandangkan PSSC dianggotai ahli daripada kerajaan dan pembangkang, AGC diberikan tempoh dua minggu untuk mengemukakan maklum balasnya. Minggu depan, sebaik sahaja kita menerima jawapan mereka, saya akan mengadakan satu lagi mesyuarat PSSC.

“Ahli parti juga boleh berhubung dengan wakil masing-masing dalam jawatankuasa itu untuk mendapatkan pemahaman lebih jelas mengenai isu perundangan yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 3 Mac lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 bagi mengasingkan kedua-dua jawatan itu dirujuk kepada PSSC untuk penelitian lanjut.

Azalina berkata, mekanisme yang dicadangkan turut membuka ruang kepada Parlimen membahaskan pelantikan Pendakwa Raya selain nama calon dikemukakan Dewan Rakyat sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di bawah cadangan berkenaan, Pendakwa Raya akan bertanggungjawab menyelia semua pendakwaan jenayah, manakala Peguam Negara bertindak sebagai penasihat undang-undang kerajaan bagi perkara selain undang-undang jenayah.

Pendakwa Raya dicadangkan dilantik Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda atas nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Perkara itu berbeza dengan sistem semasa di mana Peguam Negara dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Minggu lalu, PSSC meminta AGC memperincikan perkara yang dibangkitkan Majlis Raja-Raja untuk dibentangkan semula kepada jawatankuasa itu dalam tempoh dua minggu.

RUU berkenaan turut dibincangkan dalam mesyuarat penuh Majlis Raja-Raja pada 14 dan 15 Oktober lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.