nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

15 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini, hari ini, untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam, dan dijadualkan untuk mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini pada jam 8.30 malam dan disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Puteri Masna.

Ismail Sabri diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang itu.

Lagu kebangsaan Malaysia, ‘Negaraku’ dimainkan diikuti lagu kebangsaan Brunei Darussalam, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Ketika lawatan, Ismail Sabri yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dijadualkan untuk menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Selasa.

Ismail Sabri juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah diikuti dengan Majlis Santapan Rasmi.

Antara yang dijangka untuk dibincangkan ketika lawatan itu ialah Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei, meneroka kerjasama baharu pascaCOVID-19, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Perdana Menteri dan rombongan akan pulang ke Malaysia pada 5.30 petang, Selasa.

Lawatan rasmi Ismail Sabri ke Brunei itu adalah yang pertama selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lalu. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.