nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22 daripada 42 kes kematian bukan disebabkan dos penggalak

17 FEB :  22 daripada 42 kes kematian yang dikaitkan dengan dos penggalak bukan disebabkan vaksin berkenaan.

Perkara itu disahkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hari ini.

Pengarah NPRA , Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, siasatan terperinci yang dijalankan Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 kes kematian itu jelas tidak mempunyai kaitan dengan dos penggalak.

Sementara itu menurutnya, baki 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima pihaknya masih lagi dalam siasatan.

“Ketika ini, 22 kes sudah dinilai, manakala 20 lagi masih menunggu siasatan dan penelitian pakar. Kami dapati, hasil penilaian Jawatankuasa terhadap 22 kes itu tidak ada hubung kait atau causality vaksin yang menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk media membaca kenyataan sepenuhnya diberikan sebelum ini dan tidak dibaca sebahagian sahaja sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Kita bimbang salah lapor itu akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan menggambarkan  bahawa pengambilan vaksin membawa kepada kematian.

“Saya harap kenyataan yang diberikan sebelum ini dibaca betul-betul dan tidak diambil separuh-separuh bagi mengelak kekeliruan awam. Laporan penyiasatan terhadap satu-satu kes kematian mengambil masa dan ia akan dinilai oleh ahli jawatankuasa yang mahir dengan pelbagai kepakaran,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, apabila ada kematian dilaporkan selepas menerima vaksin, satu penyiasatan akan dijalankan.

Katanya, mayat berkenaan kemudian akan di bawa ke unit forensik untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian sama ada disebabkan penyakit jantung dan sebagainya.

“Selain itu, kita juga akan mengambil sampel-sampel pada mayat sebelum di bawa ke makmal untuk melihat sama ada wujud virus lain atau penyakit lain. Kita akan tunggu laporan makmal itu terlebih dahulu barulah kita boleh umumkan sebab-sebab kematian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.