nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan bangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara

17 FEB: Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) memutuskan untuk membangunkan Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) dalam mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing selain meningkatkan produktiviti.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia menyasarkan kepadatan robot daripada 55 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2019 kepada 195 unit bagi setiap 10,000 pekerja pada tahun 2030.

Mesyuarat juga katanya, bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Projek Pemangkin MyDIGITAL untuk memilih projek yang sesuai dan memantau pelaksanaan yang merupakan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Projek Pemangkin akan dibiayai oleh sektor swasta dan Kerajaan akan memainkan peranan sebagai pemudah cara.

ISMAIL SABRI

“Antara contoh projek ialah perubatan pintar yang menyasarkan penubuhan hospital menggunakan teknologi 5G bagi meningkatkan taraf penjagaan kesihatan rakyat.

“Bandar Pintar pula menyasarkan pelbagai kes kegunaan berguna bagi memastikan kelestarian kehidupan yang lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang diadakan buat kali pertama bagi tahun 2022.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri-Menteri serta Ketua Jabatan dan Agensi yang terlibat secara dalam talian.

Ismail Sabri berkata, bagi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak 1.89 juta premis baharu yang diliputi dengan capaian gentian optik dan sebanyak 1,189 menara 4G baharu telah dibina dari September 2020 sehingga Disember 2021.

Menurutnya, di bawah Fasa 1, sebanyak 6.85 juta premis diliputi dengan capaian gentian optik dan liputan 4G di kawasan berpenduduk mencatatkan 95 peratus setakat 31 Disember 2021.

“Digital Nasional Berhad (DNB) juga telah memulakan akses kepada rangkaian borong 5G di mana sebanyak 500 tapak 5G telah diaktifkan setakat 31 Disember 2021 di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

“DNB juga menyasarkan 3,500 tapak (bersamaan 36% liputan di kawasan berpenduduk) pada penghujung tahun 2022.

“Melalui program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK), sebanyak 883 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) sedang beroperasi manakala 28 lagi akan beroperasi menjelang 31 Mac 2022 di seluruh Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.