nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ceroboh hutan tanam lebih 2,500 Musang King

22 FEB: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah mengesan lebih 2,500 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di tanah milik kerajaan Pahang di di kawasan hutan Sungai Lembing di Kuantan.

Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, pihaknya mengesan pencerobohan haram tanah seluas lapan hektar itu semalam dengan kira-kira satu hektar telah digunakan bagi tujuan pertanian membabitkan tanaman durian, pisang dan tanaman lain.

“Semalam (Isnin) kita sudah berjaya menebang lebih 200 pokok durian Musang King berusia antara empat hingga lima tahun dan bakinya akan musnahkan selepas ini.

“Selain tanaman durian, kita juga akan musnahkan rumah kongsi dan rumah kuasa solar yang terdapat dalam kawasan hutan milik kerajaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Kampung Kolong Pahat dan Kampung Seberang, Sungai Lembing melibatkan seramai 110 anggota penguat kuasa JPNP, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP).

Turut sama memantau hari pertama operasi berkenaan ialah Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah.

Norshazlee menjelaskan, penyertaan penduduk setempat dalam operasi yang diadakan membuktikan kegiatan menceroboh tanah milik kerajaan tidak disenangi oleh mereka.

Tegasnya, tindakan pencerobohan hutan boleh mengundang kejadian tidak diingini seperti hakisan dan banjir lumpur yang boleh mengancam nyawa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang didapati sesuka hati menceroboh tanah milik kerajaan termasuk hutan simpan di daerah ini.

“Malah, kita akan terus memantau kawasan terbabit bagi memastikan tiada pihak cuba menceroboh hutan berkenaan.

“Tindakan boleh dikenakan pada individu yang melanggar peraturan,” katanya yang turut berharap semua pihak dapat bekerjasama memberi maklumat sekiranya mengetahui aktiviti menceroboh hutan dilakukan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.