nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia Airports mohon maaf gangguan bekalan elektrik 10 jam

24 FEB : Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) memohon maaf di atas ketidakselesaan yang dialami penumpang ekoran gangguan bekalan elektrik selama kira-kira 10 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bermula petang semalam.

Menurut Pemangku Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Kamaruzzaman Razali, kejadian bermula jam 4.45 petang semalam sebelum pulih sepenuhnya jam 3.20 pagi hari ini, hanya menjejaskan beberapa kawasan terminal.

“Gangguan bekalan elektrik berlaku ketika kerja pemindahan bekalan elektrik yang dikendalikan kontraktor lapangan terbang.

“Pemprosesan penumpang di terminal dapat dilaksanakan seperti biasa dengan bekalan elektrik alternatif disediakan menggunakan beberapa set janakuasa untuk operasi perlu.

“Operasi pesawat seperti pendaratan dan pelepasan tidak terjejas dan tiada penerbangan tertangguh akibat insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, kita sangat kesal dengan insiden itu dan meminta maaf atas ketidakselesaan yang dialami tetamu lapangan terbang dan rakan peruncit ketika gangguan bekalan elektrik berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pasukan teknikal lapangan terbang menurutnya telah dikerah segera untuk menyelesaikan masalah itu dan bekerja tanpa henti bersama kontraktor untuk memulihkan bekalan utama elektrik.

“Malaysia Airports juga mengerahkan tenaga kerja tambahan ke kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penumpang.

“Pasukan lapangan terbang juga sangat komited memastikan pergerakan penerbangan tidak terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik.

“Semua 14 pelepasan dan 22 ketibaan penerbangan berjalan dengan lancar dengan pesawat terakhir berlepas dari KKIA pada jam 12.40 tengah malam,” jelasnya.

Kamaruzzaman berkata, Malaysia Airports kekal komited untuk menyediakan pengalaman pengembaraan yang selamat dan selesa di semua rangkaian lapangan terbangnya dan akan terus meletakkan keselamatan serta keselesaan penumpang sebagai keutamaan tertinggi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.