nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB teruskan bantuan banjir ke Kelantan, Terengganu

28 FEB : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan meneruskan bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu, sama seperti bantuan yang pernah disalurkan di Pahang dan Selangor ketika dilanda bah sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, agensi di bawah KPLB iaitu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), sedang mengenal pasti bentuk bantuan segera dan jangka panjang boleh disalurkan kepada mereka terjejas.

“Saya sudah minta agensi KPLB, KETENGAH di Terengganu dan KESEDAR di Kelantan untuk ambil segala tindakan yang boleh untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

“Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di bawah wilayah KETENGAH di Terengganu dan kemudian kita juga arahkan JPKK (Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatn Kampung), ketua kampung di bawah KPLB.

“Ini arahan sudah kita keluarkan kepada mereka untuk mengenal pasti bentuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Bual Mesra dan Pra Pelepasan Pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ke Jerman di Kampus German-Malaysian Institute (GMI) hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf dan Ahli Majlis MARA, Datuk Rosni Sohar.

Mahdzir berkata, buat masa ini belum ada peruntukan khusus diumumkan bagi membiayai kos baik pulih banjir di dua negeri berkenaan.

“Peruntukan yang mana ada, kita belanja dulu sebab ini kecemasan, kita mahu tolong mangsa-mangsa banjir sebab ada jambatan yang putus dan macam-macam lagi.

“Itu pun kalau membabitkan KPLB kita akan susun (bantuan), Pengarah KPLB negeri juga akan lihat apa benda yang boleh dibantu dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ada pelajar tajaan MARA kini turut terjejas banjir di Brisbon, Australia namun keadaan mereka selamat dan sudah berada di tempat perlindungan sebaiknya.

“Keseluruhan ada 65 pelajar, 42 mangsa ditempatkan di pusat banjir di sana dan 23 lagi menumpang di rumah kawan-kawan mereka. Semua selamat dan kita akan bantu apa yang perlu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata seramai 99 pelajar tajaan MARA akan dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di Jerman dalam bidang kejuruteraan di bawah program Young Talent Development Programme (YTP) bermula Mac ini.

Katanya, MARA juga akan membiayai 60,000 pelajarnya di bawah skim pinjaman boleh ubah dalam dan luar negara tahun ini.

“MARA menawarkan program bantuan pinjaman pelajaran dari pelbagai peringkat pengajian dan bidang kepada kumpulan sasar melalui program World’s Top Universities Programme (WTU).

“Juga program Graduate Excellence Programme (GREP), Program Pembangunan Profesional (Pro-P), IPMA Excellent Students Programme (IESP) dan MARA Education Sponsorship Hybrid (MESH) serta YTP,” jelasnya.

Beliau berkata, kumpulan pelajar dihantar ke Jerman itu berjaya melengkapkan pengajian A-Level di GMI selama satu tahun sembilan bulan dan memperoleh keputusan cemerlang dalam Cambridge International Examination (CIE).

Katanya, mereka seterusnya akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa universiti terkemuka di Jerman selama empat tahun dalam bidang Kejuruteraan.

“Jumlah yang kita hantar ini menunjukkan peningkatan setiap tahun termasuk tahun ini dan kita akan cuba untuk memberi peluang lebih banyak lagi,” katanya sambil memaklumkan kini seramai 3,628 pelajar tajaan MARA telah berada di luar negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.