nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Russia segera berundur dari Ukraine – PBB

3 MAC: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima resolusi menuntut Russia supaya segera berundur dari Ukraine apabila 141 daripada 193 negara anggota mengundi untuk menerima resolusi tidak terikat itu.

Ia sekali gus menjadi kritikan kuat terhadap pencerobohan Moscow oleh majoriti negara anggota selepas dua hari perbahasan berlangsung menyaksikan Duta Ukraine menuduh Russia melakukan pembunuhan beramai-ramai.

China pula antara 35 negara berkecuali manakala lima negara iaitu Eritrea, Korea Utara, Syria, Belarus dan Russia mengundi menentang resolusi terbabit.

Resolusi itu antara lain menyatakan rasa kesal berhubung pencerobohan ke atas Ukraine dan mengutuk keputusan Presiden Russia, Vladimir Putin yang meletakkan senjata nuklearnya dalam keadaan bersiap siaga.

Pengundian itu turut disifatkan diplomat sebagai penggerak demokrasi selepas tindakan autokrasi seperti di Myanmar, Venezuela semakin meningkat serta hadir ketika tentera Russia melancarkan serangan ke atas Kyiv, memaksa rakyat Ukraine yang ketakutan melarikan diri.

“Mereka datang untuk menafikan hak kewujudan Ukraine. Sudah jelas matlamat Russia bukan untuk menjajah semata-mata. Ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata Duta Ukraine, Sergiy Kyslytsya ketika berucap pada perhimpunan terbabit.

Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Moscow mendakwa tindakan itu sebagai mempertahankan diri mengikut Artikel 51 Piagam PBB.

Bagaimanapun, tindakan itu dibidas negara Barat yang mendakwa Russia melanggar Artikel 2 piagam berkenaan iaitu menghendaki anggota PBB menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan untuk menyelesaikan krisis.

Duta Amerika Syarikat (AS), Linda Thomas-Greenfield, mendakwa Russia sedang bersedia untuk meningkatkan kekejaman dalam kempennya.

“Kami sudah melihat rakaman video memaparkan Russia memindahkan senjata berbahaya yang diharamkan di bawah Konvensyen Geneva ke Ukraine,” katanya.

Sekutu Russia, Belarus pula mempertahankan pencerobohan dilakukan Moscow.

Dutanya, Valentin Rybakov, turut mengutuk sekatan Barat terhadap Russia dan menyifatkannya sebagai contoh keganasan terburuk dalam ekonomi serta kewangan.

Sementara itu, Jepun dan New Zealand mengetuai Asia dalam mengutuk tindakan Russia, namun gergasi terbesar benua itu, China, India serta Pakistan mengambil sikap berkecuali. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.