nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin barat kutuk serangan Russia terhadap loji nuklear Ukraine

4 MAC : Pemimpin negara Barat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan Russia di loji nuklear terbesar Eropah, dan mendakwa Moscow membahayakan nyawa jutaan penduduk apabila melancarkan perang besar-besaran di Ukraine.

“Tindakan yang cuai oleh Presiden Russia, Vladimir Putin boleh mengancam keselamatan semua penduduk Eropah,” kata Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam satu kenyataan.

“Ia bukan sahaja bahaya untuk Ukraine dan Russia, malah membahayakan seluruh Eropah dan mereka bermain dengan api, menerusi tindakan yang di luar logik akal dan keperluan,” kata Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace, di Denmark.

“Ini menunjukkan kecuaian dalam peperangan ini, dan kepentingan ia ditamatkan serta keperluan Russia menarik balik semua tenteranya dan memasuki rundingan dengan hati terbuka,” kata ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg.

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, pula mengutuk serangan Russia terhadap loji tenaga nuklear Zaporizhzhia, dan menyifatkannya sebagai serangan terhadap keselamatan semua orang.

“Kesatuan Eropah (EU) perlu terus bersatu dalam tindakan dan dengan penuh kesungguhan, bersama dengan semua rakan, untuk menyokong Ukraine dan melindungi rakyat Eropah,” katanya.

Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Store, pula menyifatkan serangan Russia itu sebagai ‘gila’, dan mengutuk keras serangan berkenaan.

Pemangku Pengarah Eksekutif Greenpeace United Kingdom (UK), Pat Venditti, turut mengutuk keras serangan itu, yang disifatkan sebagai disengajakan.

“Putin kini meningkatkan risiko berlakunya bencana nuklear. Ini sepatutnya menjadi kali terakhir kita melihat tentera Russia bergerak hampir dengan loji nuklear Ukraine,” katanya. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.