nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak pernah alpa bantu rakyat – Ismail Sabri

5 MAC: Pandemik COVID-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia dan Kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan dari segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan telah melancarkan program Baucar Perlindungan Tenang bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk membeli atau memperbaharui pelan perlindungan daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Katanya, Kementerian Kewangan menyasarkan seramai 500,000 penerima akan mendapat manfaat tersebut.

“Kerajaan menyedari Keluarga Malaysia memerlukan rumah mampu milik, dan melalui inisiatif Satu Keluarga Satu Rumah, kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak pemaju perumahan swasta menyasarkan pembinaan 500,000 unit rumah yang berkualiti sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke- 12 (RMK-12).

“Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meyiapkan 4,348 buah Rumah Mampu Milik (RMM) tahun lepas dan menyasarkan pembinaan 1,563 buah rumah di Johor sahaja untuk tahun ini,” katanya ketika berucap bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Angsana, Johor Bahru hari ini.

Ismail Sabri (depan, tengah) pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Johor Bahru hari ini.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan program kembara ke seluruh negara dan Johor ialah negeri pertama diadakan di luar Kuala Lumpur.

Menerusi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, kementerian-kementerian melalui agensi masing-masing disaran melakukan penglibatan (engagement) seperti menyelesaikan isu-isu yang tertangguh di peringkat negeri sebulan sebelum hari jelajah yang dirancang.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri untuk mendapatkan maklumat terus daripada agensi Kerajaan Persekutuan menerusi perkhidmatan kaunter bergerak yang disediakan.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga komited meningkatkan kualiti perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar dengan melaksanakan inisiatif penyediaan 5G runcit di seluruh negara dalam tempoh enam bulan dan projek rintis ini akan dimulakan di Johor melibatkan 3,000 lokasi.

Tambahnya, Kementerian Pengangkutan pula sedang melaksanakan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang dijangka memberi manfaat kepada 6.4 juta penumpang setahun dengan peruntukan RM150 juta untuk pelaksanaan perkhidmatan myBAS.

Bagi kenderaan persendirian pula, katanya, Kerajaan menawarkan subsidi rebat 50 peratus atau RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) untuk golongan B40.

“Bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan khususnya di Johor, Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat dengan Singapura mulai 21 Januari lalu bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik COVID-19.

“Selain Singapura dan Indonesia, kerajaan dalam proses melaksanakan VTL darat dengan Brunei dan Thailand dan dengan pembukaan semula sempadan, ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tak bersua muka dapat pulang terutama semasa Hari Raya pada Mei nanti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.