nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Buka sempadan, Langkah positif pulih ekonomi negara

8 MAC : Penutupan pintu sempadan yang berpanjangan akan menjejaskan posisi dan kebolehan daya saing Malaysia di peringkat perdagangan antarabangsa.

Justeru, keputusan kerajaan untuk membuka sempadan negara mulai 1 April ini adalah satu langkah positif dalam proses pemulihan negara terutama bagi sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 seperti industri pelancongan dan perdagangan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi satu kenyataan berkata, keputusan pembukaan sempadan itu selari dengan syor Majlis Pemulihan Negara pada 8 Februari lalu untuk pembukaan semula sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Insya-Allah dengan pembukaan semula sempadan negara ini, Malaysia akan terus berada pada landasan tepat untuk pemulihan ekonomi negara yang diunjurkan untuk berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada 2022.

“Namun begitu, saya berharap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamanya di pintu sempadan darat dan air seperti di pintu sempadan Johor-Singapura tidak membebankan dan senang difahami orang ramai.

“Saya juga ingin menegaskan kepada semua yang ingin menggunakan kemudahan pembukaan semula ini supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, dengan peralihan ke fasa endemik COVID-19, diharapkan agar rakyat Malaysia terus mengamalkan norma baharu dan cekal bagi memastikan diri dan keluarga sentiasa terlindung.

Katanya lagi, bagi mereka yang masih belum mendapat dos vaksin penggalak COVID-19, saya ingin menyeru kepada mereka untuk berbuat demikian secepat mungkin agar terlindung daripada kesan serius virus ini.

“Rakyat Malaysia diharapkan bersama-sama menggunakan momentum pembukaan sempadan ini untuk terus menggembleng tenaga dalam usaha pemulihan negara,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.