nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM arah MOSTI,MARDI hasilkan benih padi tahan banjir

9 MAC : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bekerjasama bagi membangunkan dua varieti padi baharu.

Menurut Perdana Menteri, langkah membangunkan dua varieti padi itu bukan sahaja mampu mengurangkan kerugian ditanggung pesawah serta petani apabila bencana banjir menenggelamkan sawah padi, malah boleh membantu mereka menjimatkan kos.

Kata Ismail Sabri, sebagai contoh di Filipina dan India sudah ada benih padi yang tahan apabila ditenggelami air banjir.

“Negara kita ketika ini tak tentu bila berlaku banjir, kadangkala masa padi sedang ranum atau pun anak padi sedang membesar tetapi ditenggelami banjir sehingga tanaman padi musnah.

“Keduanya, padi yang tidak memerlukan air yang banyak dan menggunakan kaedah siraman seperti pokok bunga, jadi ia tak perlu tali air yang memerlukan belanja besar, hanya guna ‘sprinkler’ (penyembur), sekali gus mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan.

“Sebelum ini, MARDI ada membangunkan varieti padi tidak menggunakan banyak air, namun hasil pengeluarannya tidak tinggi dan hanya antara tiga tan dan empat tan.

“Justeru saya berpendapat MOSTI dan MARDI perlu bekerjasama membangunkan dua varieti padi baharu ini supaya ia lebih berkualiti dan dapat membantu pesawah kita,” katanya ketika melancarkan Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti Endau, di FELCRA Sri Mahkota Endau, Mersing hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera turut menyampaikan 500 guni benih padi IS21 seberat 20 kilogram (kg) setiap satu kepada wakil komuniti Endau dalam majlis tersebut.

Benih padi IS21 itu dihasilkan Agensi Nuklear Malaysia, agensi di bawah MOSTI yang dijana melalui teknologi nuklear.

Katanya lagi, benih padi IS21 itu dilancarkan olehnya pada 20 November lalu di Sekinchan, Selangor.

“Alhamdulillah, pesawah dan petani yang menggunakan padi benih IS21 ini memberi maklum balas positif.

“Lebih istimewa, kos pengurusan sawah juga dapat dikurangkan memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak.

“Berdasarkan maklum balas ini, saya percaya, jika diperluaskan penggunaan benih padi IS21 di Endau, pesawah dan petani juga akan dapat menikmati manfaat dari segi peningkatkan pendapatan dan seterusnya, taraf hidup mereka,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata, baka padi IS21 itu juga berpotensi menghasilkan padi sehingga sembilan tan sehektar mengikut kawasan penanaman dan amalan kultur pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.