nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Elak orang muda terbabit nahas jalan raya – PM

13 MAC: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu golongan muda dilindungi daripada risiko terbabit dalam nahas jalan raya di negara ini.

Perdana Menteri berkata ini kerana berdasarkan statistik menunjukkan golongan muda terdedah kepada risiko lebih tinggi semasa berada di jalan raya.

Ia sekali gus, katanya menjadi cabaran utama pihak penguat kuasa untuk membendungnya.

“Berdasarkan Aspirasi Malaysia, Kerajaan berhasrat mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus, menjelang tahun 2030.

“Nahas jalan raya merupakan antara penyebab kematian utama di negara ini, bagi tahun 2019 hingga 2021, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sebanyak 14,308 kes.

Ismail Sabri bersama sebahagian Orang Asli yang mendapat lesen B2 di bawah program BLKM di Bera hari ini.

“Secara purata, sebanyak 4,769 nyawa terkorban di jalan raya setiap tahun dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Bera hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan penerima BLKM agar menjadi pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya.

Nasihat itu, ujarnya, supaya mereka tidak menjadi sebahagian daripada statistik kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, BLKM yang disediakan Jabatan Pengangutan Jalan (JPJ) di kawasan Parlimen Bera itu adalah bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, terutamanya golongan B40.

Menerusi Program BLKM tersebut, katanya seramai 404 penduduk Orang Asli di Bera, mendapat Bantuan Lesen Memandu Motosikal (Lesen B2) selepas berjaya memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

“Bantuan ini membolehkan masyarakat luar bandar khasnya penduduk Orang Asli di Bera, menarik nafas lega dalam mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar.

“Dengan pemilikan lesen kelas B2 ini, golongan berkenaan dapat meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selain mengukuhkan pasaran tenaga kerja negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.