nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat mahu kerajaan yang bela nasib mereka

13 MAC: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam umpama ‘gelombang’ yang pernah tercetus pada 2018 apabila rakyat menolak parti politik yang gagal membela nasib rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata rakyat menuntut pembelaan dan dasar yang berupaya memacu sosioekonomi mereka apabila mandat diberikan.

“Apa yang saya boleh baca daripada keputusan PRN Johor hari ini (semalam) ialah terdapat apa yang dipanggil gelombang, sepertimana BN ditolak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), empat tahun lalu.

“Gelombang sama dihadapi, terutama oleh Pakatan Harapan (PH) kerana PKR mengalami banyak kekalahan, begitu juga DAP di tempat kubu kuat mereka.

“Jadi maknanya, rakyat Johor memberi suatu isyarat yang amat kuat bahawa mereka jangan dipermainkan. Mereka memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar terus membela mereka,” lapor Berita Harian hari ini.

Menurut Pengarah PRN Johor BN itu, tiada istilah ‘bulan madu’ bagi BN, sebaliknya perlu mengambil beberapa iktibar agar bahawa gelombang sama bakal didepani mereka sekiranya gagal mengurus pentadbiran penggal baharu Kerajaan Johor.

“Setiap lima tahun kita akan berdepan rakyat, maka kemenangan hari ini pun, BN terutama Kerajaan Johor baharu ini perlu mengambil iktibar kerana jika kita tidak dapat mengurus dengan baik, rakyat akan menolak kita,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN melakar kemenangan selesa dengan mendapat majoriti dua pertiga, iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, diikuti PH 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) (3) dan masing-masing satu kerusi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta PKR.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan BNsebagai kemenangan luar biasa dan bukan sekadar isyarat atau mesej rakyat.

“Ini suara rakyat yang jelas dan lantang. Rakyat mahu kestabilan masa depan, kemakmuran dan pembangunan. Tidak ada kerajaan yang boleh meneruskan pentadbirannya tanpa majoriti yang jelas.

“Di Johor, ketidakstabilan timbul selepas pemergian ADUN Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian yang menyebabkan kerajaan Johor menghadapi situasi tergantung di DUN.

“Johor perlu mengakhiri kemelut politik dan perlu sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti jelas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.