nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaksanaan PIP bukti komitmen kerajaan wujudkan pembangunan seimbang

15 MAC :  Pelaksanaan projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) dan “Bonded Road”merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pembangunan rentas wilayah dan negeri serta kawasan luar bandar, bandar dan sempadan, sekaligus memastikan pembangunan lebih seimbang dan keterangkuman lebih baik selaras dengan RMK-12.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek PIP ialah salah satu projek strategik nasional dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan pelancarannya amat tepat ketika negara melalui proses pemulihan selepas terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jelasnya, PIP melalui penyediaan tiga infrastruktur luaran yang akan menghubungkan PIP iaitu jajaran keretapi (spur line), jejambat (flyover) dan “bonded road” dengan peruntukan sebanyak RM340 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Berdasarkan indikator ekonomi yang positif dan memastikan lebih ramai Keluarga Malaysia dalam Wilayah ini memperolehi manfaat, Kerajaan Perlis dan NCER perlu terus meningkatkan daya saing dalam era pasca COVID-19 bagi menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa.

“Perkhidmatan logistik dan fasilitasi perdagangan yang cekap dan berkualiti tinggi amat penting bagi meningkatkan daya saing negara serta menjana peluang pekerjaan,” katanya di Majlis Pelancaran Perlis Inland Port (PIP) dan “Bonded Road”di Chuping, Perlis hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Turut hadir ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tengku Syarif Temenggung Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail,  Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali dan pegawai tertinggi kerajaan persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyambut ketibaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di majlis Pelancaran Perlis Inland Port (PIP) dan “Bonded Road”di Chuping pagi tadi.

Mengulas lawatan rasminya ke Thailand Februari baru-baru ini, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia dan Thailand telah menyatakan komitmen bagi meningkatkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan tenaga kerja.

“Malaysia dan Thailand juga bersetuju untuk mensasarkan nilai perdagangan kepada USD30 bilion menjelang 2025. Kedudukan Perlis yang strategik dari segi geografi iaitu berdekatan sempadan Malaysia-Thailand memberi kelebihan untuk memanfaatkan pelbagai peluang ekonomi dan perniagaan dalam perniagaan rentas sempadan.

“Sukacita saya umumkan nilai dagangan terkini (2021) Malaysia – Thailand adalah USD23.64 bilion dan daripada jumlah itu, USD10.5 bilion disumbangkan melalui perdagangan di sempadan (border trade).

“Justeru, penubuhan PIP amat tepat pada masanya bagi merancakkan perdagangan dengan Thailand dan mewujudkan nilai tambah kepada 8 projek-projek strategik di NCER iaitu Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Chuping Agro Valley (CAV), NCER Agribio Economic Zone (NAEZ), dan Perlis Super Fruits Valley,” ujarnya lagi.

PIP juga menurut Perdana Menteri,  mencerminkan momentum pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Perlis yang dipacu oleh sektor pertanian moden dan pintar serta pembuatan bernilai tinggi.

“Ini akan menarik pelaburan baharu dengan penyediaan kemudahan logistik yang lengkap dan kos pengangkutan yang berpatutan bagi pelabur-pelabur di CVIA.

“Projek strategik nasional berimpak tinggi seperti PIP ini insyaAllah akan dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan disamping memberi kesan limpahan ekonomi ke negeri-negeri lain ke dalam NCER,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.