nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pewakilan Johor tidak ambil bahagian perbahasan PAU

15 MAC: Perwakilan Johor dijangka tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok di Kuala Lumpur, susulan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu.

Difahamkan dalam pertemuan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Johor termasuk ketua-ketua bahagian di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad telah meminta agar ahli UMNO tidak memanjangkan isu berkenaan.

“Sebaliknya, beliau (Hasni) berjiwa besar. Beliau juga tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan,” kata sumber kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber itu lagi, Hasni juga mahu menghalang usaha segelintir perwakilan UMNO Johor yang mahu menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Difahamkan, perjumpaan di Saujana semalam bermula seawal jam 9 malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi, dengan mereka yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Hasni.

Onn Hafiz, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 di Istana Bukit Serene petang tadi, mengambil alih jawatan itu daripada Hasni.

Sebelum ini, Hasni telah dinamakan sebagai calon tunggal Menteri Besar oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada PRN Sabtu lalu, BN memperoleh mandat besar iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus mempunyai kedudukan selesa membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, selepas tiga hari kemenangan BN dirai, tiada petunjuk jelas sama ada Hasni akan kembali menerajui kerajaan negeri, sehingga muncul khabar angin mengaitkan nama Onn Hafiz dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan jawatan itu. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.