nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NATO bakal tempatkan lebih banyak tentera di Eropah Timur

16 MAC : Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia merangka rancangan baharu untuk menghalang Russia daripada terus melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.

Ini termasuklah menempatkan lebih banyak tentera dan pertahanan peluru berpandu di Eropah timur.

Menteri-menteri pertahanan akan mendapatkan nasihat ketenteraan itu di ibu pejabat NATO, hanya lebih seminggu sebelum pemimpin sekutu termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkumpul di Brussels pada 24 Mac ini.

Menteri-menteri juga akan mendengar daripada rakan sejawat mereka dari Ukraine, Oleksii Reznikov, yang dijangka merayu untuk mendapatkan lebih banyak senjata dari negara NATO, ketika serangan Russia ke atas bandar Ukraine berterusan dan tentera Russia mendapatkan kawalan ke atas Kyiv.

“Kami perlu menetapkan semula kesiapsiagaan tentera kami untuk situasi baharu ini.

“Menteri-menteri akan memulakan perbincangan penting mengenai langkah konkrit untuk mengukuhkan keselamatan kita untuk jangka panjang, dalam semua domain,” kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg kepada pemberita, semalam.

Walaupun sekurang-kurangnya 10 sekutu terbesar NATO termasuk AS, Britain dan Perancis sudah mengerahkan lebih banyak tentera, kapal dan pesawat perang ke sayap timurnya, serta meletakkan lebih banyak dalam keadaan bersiap sedia, namun perikatan itu masih perlu mempertimbangkan bagaimana untuk menghadapi situasi keselamatan baharu di Eropah dalam jangka masa sederhana.

Presiden Russia Vladimir Putin meletakkan pasukan nuklear negara itu dalam keadaan berjaga-jaga pada 27 Februari. Peluru berpandu Russia melanda pangkalan Ukraine berhampiran sempadan anggota NATO Poland pada 13 Mac, membawa pencerobohan hampir ke depan pintu NATO.

Peluru berpandu itu dari Russia, kata Amerika Syarikat, menekankan keupayaan Moscow untuk menyerang sekutu timur NATO.

AS turut mengeluarkan amaran mengenai risiko tidak dapat dijangka terhadap Moscow sekiranya Russia melancarkan serangan kimia di Ukraine.

NATO yang ditubuhkan pada 1949 bagi membendung ancaman ketenteraan dari Kesatuan Soviet, tidak terikat dengan perjanjian untuk mempertahankan Ukraine, Namun, ia mesti mempertahankan 30 sekutunya. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.