nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih banyak kawasan tadahan air perlu dibina di Semenanjung-PM

26 MAC : Lebih banyak kawasan tadahan air perlu dibina di Semenanjung bagi meningkatkan penggunaan air bawah tanah sebagai sumber konjuntif bekalan air negara untuk kegunaan struktur binaan seperti empangan bawah tanah, akuifer buatan dan susupan tebing untuk memenuhi keperluan bekalan air domestik dan pengairan, bagi menampung permintaan sehingga 2050.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kajian Sumber Air Negara (NWRS) bagi Semenanjung itu juga mendapati, air bawah tanah boleh dijadikan sumber air alternatif untuk kawasan luar bandar dan terpencil serta pelbagai kegunaan termasuk perindustrian, pertanian dan domestik melalui beberapa kaedah serta proses yang sesuai.

“Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) kini sedang giat melaksanakan aktiviti termasuk pemetaan, pembangunan, pemantauan serta Pembangunan Pusat Data dan Inventori Air Bawah Tanah.

“Usaha berterusan juga dijalankan bagi memperkasa dan mengharmonikan tadbir urus berkaitan sumber air bawah tanah, dengan semua pihak yang berkepentingan di peringkat Persekutuan atau negeri,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Air Sedunia 2022 dan melancarkan buku “Air dan Pembetungan” di Bera, hari ini.

Turut hadir dalam program sambutan tersebut ialah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah berkapasiti 5,000 bilion meter padu, dengan keupayaan penjanaan semula sebanyak 64 bilion meter padu setahun.

Bagaimanapun, katanya penggunaan sumber air itu di negara ini kurang daripada tiga peratus berbanding negara lain seperti Denmark iaitu 100 peratus, Austria (98 peratus), Thailand (80 peratus), China (78 peratus) dan Amerika Syarikat (AS) (50 peratus).

“Kapasiti air bawah tanah di negara ini sangat besar dan sudah tentu berupaya menjadi sumber alternatif bekalan air negara. Di Malaysia ketika ini, air bawah tanah digunakan sebagai sumber air minuman di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan sedang mengkaji semula Dasar Sumber Air Negara (DSAN), dengan mengambil kira situasi dan cabaran semasa yang dihadapi sektor air negara dan akan disesuaikan dengan pelan Transformasi Sektor Air 2040 serta perancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat kerajaan Persekutuan, negeri dan jabatan serta agensi bekerjasama merealisasikan pelaksanaan pengurusan sumber air negara secara bersepadu. Saya menyeru kepada semua pihak berkepentingan supaya memberi perhatian, tumpuan dan mengambil tindakan berterusan bagi memelihara sumber air, terutama air bawah tanah demi memastikan ketersediaan air,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera turut memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di bandar Bera, yang boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa depan, terutama sistem perparitan yang lebih sistematik serta mampan, di mana projek itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk di Bera bagi mengurangkan risiko banjir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.