nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar sedia debat isu Sapura dengan Najib

4 APR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut cabaran Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

Presiden PKR itu berkata, beliau bersedia untuk berdebat dengan mantan Perdana Menteri itu bila-bila masa sahaja.

“Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka berhubung isu Sapura Energy yang disahut Najib tetapi mahu Rafizi mengajak Anwar untuk sama-sama berdebat.

Pada masa sama, Anwar berkata, kesediaannya untuk berdebat dengan Najib bermula sejak 10 tahun lalu di mana beliau pernah melontarkan cabaran serupa, tetapi tidak disahut Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut.

“Beliau kini memilih mencabar saya di awal Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan Rafizi mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan peniaga kecil yang tidak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Sapura Energy mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelum ini.

Perolehan merosot kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion disebabkan peratusan siap yang lebih rendah yang diiktiraf pada tahun semasa, berikutan pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka termasuk lonjakan kos projek dalam segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan (E&C).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.