nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kadar tol SMART, KESAS, SPRINT, LDP kekal hingga tamat konsesi

4 APR: Kerajaan hari ini bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang dengan tidak menaikkan kadar tol sehingga tamat konsesi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui penstrukturan itu, Kerajaan akan dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari lalu sehingga tamat tempoh konsesi dan dianggarkan penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol adalah sebanyak RM4.3 bilion.

“Setelah penelitian terperinci daripada semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan Perjanjian Konsesi serta beban kewangan, Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang.

ISMAIL SABRI

“Lebuh-lebuh raya berkenaan ialah Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART).

“Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara – Puchong (LDP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, langkah tersebut merupakan usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol sepertimana yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Jelasnya, penjimatan tersebut boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama Kerajaan iaitu untuk mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan.

“Perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan semula ini akan dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.