nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MyCC siasat isu kartel, serbu industri ayam dan telur

8 APR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memandang serius dakwaan wujud kartel dalam industri ayam serta telur dengan menggiatkan siasatan termasuk melakukan serbuan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCC, Iskandar Ismail, berkata pasukan khas telah ditubuhkan bagi melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung isu persaingan dalam industri berkenaan, susulan arahan Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL).

Susulan itu, beliau berkata, MyCC menggunakan kuasa diperuntukkan bawah Akta Persaingan 2010 bagi tujuan penyiasatan lanjut.

“Ada pihak tertentu sudah tampil dan menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan MyCC dalam siasatan melalui permohonan untuk kelonggaran bawah Seksyen 41 Akta Persaingan 2010.

“Rejim kelonggaran ini membolehkan mana-mana pihak yang terbabit kartel, bekerjasama dengan MyCC dalam penyiasatan untuk tujuan mendapatkan kelonggaran dalam keputusan MyCC,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Iskandar menjelaskan, industri ayam merupakan antara segmen terbesar dalam sektor pertanian di Malaysia.

Beliau berkata, ia membabitkan rantaian bekalan yang luas dan pelbagai subsektor seperti pembuatan makanan ayam, pembekalan anak ayam, penternakan serta pengedaran ayam hidup.

“Proses siasatan terhadap industri ini kompleks dan akan mengambil masa, di mana bukti serta dokumen yang diperoleh MyCC melalui penyiasatan memerlukan penilaian teliti.

“Justeru, MyCC mengalu-alukan kerjasama dan sokongan pihak berkepentingan yang relevan serta orang awam dalam menangani isu berkenaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.