nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sidang Khas Parlimen bermula esok

10 APR: Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 akan bermula esok.

Sidang khas itu merangkumi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada esok, dan Mesyuarat Khas Dewan Negara Selasa ini.

Pembentangan dan perbahasan itu membabitkan penggubalan punca kuasa bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Bagaimanapun, RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung Anti Lompat Parti yang dijadualkan dibentang, dibahas dan diluluskan pada mesyuarat khas kali ini, ditangguh ke satu lagi Sidang Khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.

Penangguhan itu dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, Khamis lalu, yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beberapa wakil kerajaan dan blok pembangkang turut hadir, termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Pembentangan dan perbahasan RUU Anti Lompat Parti ditangguhkan buat kali kedua selepas dijadualkan untuk dibentang bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu.

Penangguhan kali pertama itu dibuat untuk membolehkan pandangan serta input semua pihak terbabit diperoleh dan semua sesi libat urus selesai.

Wan Junaidi sebelum ini dilaporkan berkata, beberapa cadangan pindaan Perlembagaan akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lalu, termasuk RUU berkaitan Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Ia selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mahu RUU itu disegerakan selepas kerajaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021.

Pada 2 April lalu, Wan Junaidi mendedahkan seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini melompat parti sejak 2018 dan tindakan itu membawa kepada ketidakstabilan politik, selain negara turut menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam satu penggal Parlimen.

Persidangan Khas Parlimen adalah mesyuarat yang diadakan ketika Majlis dalam tangguhan dan mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Peraturan 11 (3), urusan-urusan mesyuarat itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.

Mesyuarat Khas Parlimen itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa, antaranya tiada urusan-urusan kerajaan lain dan sesi soal jawab lisan.

Sidang khas kali ini adalah yang ketiga dalam tempoh setahun selepas mesyuarat khas berkaitan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat diadakan pada 26 Julai 2021 dan sidang khas isu banjir pada 20 Januari lalu.

Antara Sidang Khas Parlimen yang pernah diadakan sebelum ini ialah berkenaan isu Gaza pada 12 Januari 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014, serta isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Januari 2016.

Dalam pada itu, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 dijadualkan bermula 18 Julai hingga 4 Ogos depan, manakala Mesyuarat Ketiga dijadualkan berlangsung selama 31 hari bermula 26 Oktober hingga 15 Disember. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.