nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KLN kesal laporan portal berhubung 2 pegawai diplomat UAE

11 APR : Kementerian Luar Negara (KLN) menyatakan rasa kesal dengan laporan portal berita berkaitan lawatan Ismail Sabri ke Dubai yang  mengandungi maklumat tidak tepat, lebih bersifat spekulasi termasuk tohmahan yang tidak berasas.

Menurut KLN dalam satu kenyataan hari ini, kandungan tulisan itu memperlihatkan dengan jelas sumber yang dirujuk atau dipetik bukannya datang daripada pegawai atau pihak yang terbabit secara langsung dalam mengendalikan urusan lawatan berkenaan.

“Langkah memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan adalah disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.

“Dua pegawai kanan terbabit gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan Perdana Menteri, seperti masa yang sepatutnya berdasarkan Prosedur Operasi Tetap (SOP) bagi lawatan peringkat tertinggi negara di luar negeri terutama semasa ketibaan Perdana Menteri di Dubai pada 29 Mac.

“Kegagalan itu termasuk menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai selain tiadanya liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan SOP,” jelas kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, lazimnya dalam apa keadaan sekalipun, seperti mana ketika Perdana Menteri menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu,

Menurut KLN, Ketua Perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikuti SOP untuk Perdana Menteri.

“Kedua-dua pegawai terbabit juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya mengenai penganjuran World Government Summit (WGS) yang diadakan dalam kawasan Ekspo Dubai, dan pimpinan tertinggi KLN hanya mengetahui mengenai WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain dan sekiranya perkara ini dimaklumkan lebih awal, usaha pastinya dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program berkenaan.

“Masalah di UAE tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal. Ini kerana kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan hingga akhir lawatan,” tegas KLN.

Justeru semasa majlis pelepasan pulang Perdana Menteri dari Dubai, kerajaan UAE mengaturkan ‘static guards of honour’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum dan Kerajaan UAE diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, TYT Omar bin Sultan Al Olama.

TYT Omar turut menyampaikan undangan kerajaan UAE kepada Perdana Menteri untuk menyampaikan Ucaptama di WGS, tahun hadapan dan Perdana Menteri telah menyatakan persetujuan menerima undangan berkenaan.

KLN berkata tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai kanan itu bukan sesuatu yang luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan termasuklah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara berkenaan di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.