nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Shehbaz Sharif dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan ke 23

12 APR : Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Shehbaz Sharif, semalam dipilih sebagai Perdana Menteri ke-23 Pakistan, disusuli peletakan jawatan beramai-ramai ahli Parlimen yang setia kepada bekas perdana menteri, Imran Khan.

Shehbaz, abang kepada bekas Perdana, Menteri Nawaz Sharif, menerima 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat.

Pemimpin berusia 70 tahun itu mendapat sokongan gabungan pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) dan dilihat sebagai pentadbir yang berkebolehan.

Bekas parti pemerintah Pakistan, Tehreek-e-Insaf (PTI), yang menuntut pilihan raya dipercepatkan, sepakat untuk keluar Dewan beramai-ramai.

“Ahli Parlimen PTI sepakat untuk meletakkan jawatan kerana menentang kerajaan import,” kata pegawai PTI, Farrukh Habib.

Imran dan parti pimpinannya mendakwa kerajaan diterajuinya runtuh berpunca daripada campur tangan Amerika Syarikat (AS) yang berpakat dengan pihak tempatan namun, AS menafikan dakwaan itu.

Penganalisis politik menjangkakan Imran akan memberi tekanan terhadap kerajaan baharu untuk memaksa pilihan raya umum dipercepatkan memandangkan PTI dilihat menerima sokongan sebahagian besar rakyat.

Peletakan jawatan secara beramai-ramai ahli Parlimen PTI akan membantu Imran mengukuhkan lagi kedudukan politiknya dan menyukarkan kerajaan baharu, kata bekas diplomat, Abdul Basit, menerusi media sosial.

“Ini adalah keputusan berani dan selaras dengan dasar awamnya,” kata beliau.

PTI sebelum ini mencalonkan bekas Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi, untuk mencabar Shehbaz, yang kemudian memboikot sesi pemilihan perdana menteri baharu.

Timbalan Speaker Qasim Khan Suri, yang berada di kerusi Speaker ketika sesi bermula, turut keluar dari dewan.

Shehbaz ialah bekas Ketua Menteri wilayah Punjab, yang mewakili lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan dan mempunyai hubungan rapat dengan angkatan tentera. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.