nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Protokol baharu kontak rapat bermula 22 April

14 APR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menetapkan protokol baharu kontak rapat tanpa gejala dan bergejala berkuat kuasa 22 April ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata bagi kontak rapat tanpa gejala, individu berkenaan tidak perlu menjalani pengawasan dan pemerhatian (HSO) namun perlu mematuhi beberapa protokol yang ditetapkan.

“Dalam tempoh lima hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif COVID-19, kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak dan elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi.

“Selain itu, hendaklah memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

KHAIRY

Bagi kontak rapat bergejala pula, Khairy berkata KKM menasihatkan untuk melakukan kuarantin kendiri dan digalakkan menjalani ujian RTK-Ag kendiri pada hari gejala bermula dan seterusnya melakukan sekali lagi pada hari ketiga.

“Jika mana-mana keputusan ujian RTK-Ag adalah negatif dan gejala berkurangan, kontak rapat boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar.

“Kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak, elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi, memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja.

“Bagaimanapun, jika gejala bertambah teruk, sila dapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan terdekat. Jika keputusan RTK-Ag positif, individu tersebut hendaklah diuruskan mengikut garis panduan pengurusan kes positif COVID-19,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata KKM sedang meneliti pola jangkitan semula COVID-19 dalam tempoh singkat, khususnya membabitkan golongan muda.

Menurutnya, jangkitan semula virus berkenaan dikesan boleh berlaku hanya dalam sela masa 20 hari iaitu sama seperti yang tercetus di beberapa negara luar seperti United Kingdom, Denmark dan Amerika Syarikat (AS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.