nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gunakan ePemula bantu usahawan tempatan – PM

15 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta golongan belia yang menerima bantuan ePemula berbelanja secara bijak serta menggunakan kredit RM150 itu untuk menyokong perniagaan pengusaha tempatan, terutama usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) secara fizikal.

Ismail Sabri berkata, tujuan utama pelaksanaan program ePemula ialah untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan Keluarga Malaysia dan bagi membantu golongan usahawan untuk pulih sepenuhnya selepas terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Sekiranya lebih banyak perniagaan pulih, maka lebih banyak hasil negara, dan lebih ramai rakyat terutama golongan B40 yang boleh dibantu.

“Secara keseluruhan, kerajaan yakin bahawa program seperti ePemula akan terus memperkasa serta membudayakan sistem kewangan digital bagi memastikan kemajuan yang inklusif buat semua lapisan rakyat dan perniagaan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan ePemula, di Sepang hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam majlis pelancaran ePemula di Sepang hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz, dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Perdana Menteri turut menyarankan supaya usahawan khususnya PMKS, untuk mengamalkan urus niaga tanpa tunai, terutama ketika fasa peralihan ke endemik.

Katanya, ia bagi membolehkan Keluarga Malaysia melakukan transaksi di kedai fizikal secara mudah, cepat dan lebih selamat dan bagi pembeli pula, mereka tidak perlu lagi membawa dompet atau beg duit fizikal apabila sumber kewangan sentiasa ada dalam aplikasi e-dompet masing-masing.

Ketika ini, Perdana Menteri berkata, kian ramai usahawan dan peniaga PMKS melakukan transaksi e-tunai, malah pengguna juga semakin yakin dengan penggunaan e-tunai melalui pelbagai e-dompet.

Katanya, ia jelas terbukti apabila transaksi e-tunai berkembang dengan ketara sebanyak RM50.5 bilion pada 2021, berbanding RM29.6 bilion pada 2020.

Sambil memaklumkan proses semakan kelayakan dan tuntutan kredit ePemula mula dibuka pada 11 April lalu, beliau berkata, belia yang layak akan menerima kredit sebanyak RM150 dalam aplikasi e-dompet pilihan mereka, iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet.

“Saya difahamkan keempat-empat penyedia e-dompet ini juga memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, mata terkumpul, diskaun dan banyak lagi manfaat menarik sepanjang tempoh program ini,” ujarnya.

Tengku Zafrul sementara itu dalam ucapannya pula berkata, pembabitan empat penyedia e-dompet terbabit akan memastikan pelaksanaan ePemula secara menyeluruh di seluruh negara, termasuk di bandar kecil.

Beliau berkata, ia sekali gus dapat dimanfaatkan lebih ramai belia dan pelajar, selain membudayakan satu sistem pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, telus serta selamat.

Katanya, keempat-empat e-dompet yang mengambil bahagian itu boleh digunakan melalui jaringan perniagaan runcit yang melebihi 1.2 juta pusat pembayaran fizikal (touchpoints).

Pada 27 Mac lalu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, program ePemula bakal memberi manfaat kepada lebih dua juta belia membabitkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Beliau berkata, program e-Pemula adalah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas untuk golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.