nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JAKOA wujudkan Task Force PICKids Orang Asli

15 APR: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan melipatgandakan usaha dengan mewujudkan pasukan Task Force bersama pelbagai agensi demi menjayakan Program Umunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) terutama melibatkan kanak-kanak Orang Asli di seluruh negara.

“Task Force ini akan digerakkan segera susulan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin pada 15 Mei ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sehingga 14 April 2022, peratusan kanak-kanak Orang Asli yang telah divaksin ialah 12% ataupun 3,602 orang daripada keseluruhan 29,951 kanak-kanak yang layak untuk divaksin.

“Perak mendahului senarai negeri dengan jumlah kanak-kanak Orang Asli yang telah divaksin seramai 2,738 orang kanak-kanak setakat ini.

“Peratusan ini kelihatan tidak memberangsangkan jika dibandingkan peratusan kebangsaan setakat 14 April 2022 pada 270,282 orang bersamaan 32.2%,” ujar Abdul Rahman.

Abdul Rahman menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada seorang kakitangan JAKOA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA 2021 dan Majlis Khidmat Bakti 2022 di Hotel Corus, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor dan barisan pengurusan tertinggi JAKOA.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peratusan yang rendah ini berpunca daripada sikap ibu bapa yang masih bimbang kesan sampingan daripada vaksin ini terhadap anak mereka.

Tambahnya, selain itu, punca lain disumbangkan oleh penempatan yang terletak di kawasan pedalaman dan kurangnya pendedahan terhadap kepentingan vaksin kanak-kanak turut menyumbang kepada peratusan yang rendah.

“Penubuhan Task Force ini akan melibatkan KKM, Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi kerajaan
yang berkaitan diyakini mampu meningkatkan bilangan kanak-kanak Orang Asli yang menerima vaksin.

“Program Mobile Outreach KKM yang dilaksanakan sebelum ini mampu mempercepatkan proses vaksinasi dan kami berharap program tersebut dapat diaktifkan kembali bagi membantu lebih ramai anak-anak masyarakat Orang Asli mendapat perlindungan yang sepatutnya.

“Bagi tujuan logistik ke kawasan yang terletak jauh di pedalaman, jabatan akan meneruskan jalinan kerjasama bersama Bomba mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk bantuan helikopter,” ujar beliau.

Abdul Rahman berkata, masyarakat Orang Asli tidak pernah menolak program vaksinasi yang dijalankan kerajaan dan ini dapat dibuktikan dengan peratusan vaksinasi golongan dewasa masyarakat Orang Asli yang melebihi sasaran kebangsaan.

Dalam pada itu, pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan hadiah berupa Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan kepada 85 orang pegawai dan kakitangan JAKOA.

Selain itu, seramai 13 orang pesara turut diraikan dan menerima hadiah berupa SSPN-i bernilai RM400
dan sijil penghargaan.

Penganugerahan APC ini diperkenalkan kerajaan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang selain merupakan pengiktirafan
terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.