nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

73 ribu warga FELCRA terima bayaran Keuntungan Boleh Agih

25 APR : Seramai hampir 73 ribu orang warga Peserta FELCRA Berhad seluruh Malaysia bakal menikmati pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dalam ucapannya memaklumkan pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik oleh FELCRA Berhad dengan usaha-usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera-jentera dan alatan mekanisasi di ladang-ladang yang diurus FELCRA, serta pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron pemantauan pertanian merupakan faktor utama yang mempengaruhi jumlah pembayaran yang memberangsangkan ini.

Tambah beliau, berikutan prestasi yang membanggakan ini, Kerajaan Pesekutuan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe12), menyakini kemampuan FELCRA serta telah meluluskan pembayaran bagi peruntukan geran berjumlah RM161.6 juta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelengkapan kampung iaitu amenities sosial, premis perniagaan, pelancongan desa, communities’ engagement, program tanam semula dan penambahbaikan infrastruktur ladang di seluruh Malaysia.

“Pembayaran telah mula dibuat bermula 22 April yang lalu dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan minggu ini. Jumlah berkenaan akan melengkapi keseluruhan pembayaran agihan keuntungan bagi tahun 2021,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2, Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad Sandakan pada petang semalam.

Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan warga Felcra yang hadir dalam Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih di Sandakan semalam.

Hadir sama Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Pada ucapan beliau, Mahdzir turut memaklumkan peserta bakal menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

“50% atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telah dinikmati oleh para peserta pada bulan Februari yang lalu,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama Mahdzir turut menyampaikan replika cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 bagi Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, replika cek Peruntukan Geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan sumbangan berjumlah RM3ribu kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.