nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ka Siong rungkai kekeliruan larangan kenderaan mikromobilti

27 APR: Larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti semalam terutamanya Personal Mobiliti Aids (PMA) telah menimbulkan kekeliruan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Justeru, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong tampil memberi penerangan mengenai isu berkenaan hari ini.

Menurutnya, larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu di atas jalan adalah menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah Larangan”).

“Dalam hal ini, saya telah menjelaskan jenis-jenis kenderaan mikromobiliti tertentu yang telah dilarang merangkumi perihalan berikut iaitu Moped, Personal Mobiliti Devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan Personal Mobiliti Aids (PMA).

“Namun, masih terdapat sedikit kekeliruan mengenai pemahaman orang ramai terutamanya daripada golongan OKU berkaitan peraturan penggunaan peralatan PMA.

“Saya ingin sekali lagi menjelaskan bahawa kenderaan mikromobiliti di bawah klasifikasi PMA secara umumnya adalah merupakan kenderaan yang mana direka bentuk dan dibina bagi kegunaan individu yang mempunyai masalah pergerakan dan khasnya untuk golongan OKU,” katanya di Facebooknya hari ini.

Beliau menegaskan, penggunaan PMA di atas jalan adalah dilarang dan tiada mana-mana orang dibenarkan menggunakannya di atas jalan yang bercampur dengan aliran trafik kenderaan motor seperti kereta, lori pasir dan bas.

Jelasnya, penggunaan PMA di atas jalan termasuk di atas lebuh raya akan mendatangkan risiko nahas jalan raya dan kehilangan nyawa atau kecederaan yang tinggi.

“Hal ini juga bagi mengelakkan PMA ini disalah guna oleh individu yang sihat tubuh badan untuk menggunakan sewenang-wenangnya di atas jalan.

“Namun, penggunaan PMA ini tidaklah dilarang untuk digunakan di atas permukaan (surface) selain daripada jalan kerana ianya adalah diluar daripada skop Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah Larangan ini.

“Penggunaan di atas permukaan atau lokasi seperti di dalam kawasan pusat beli-belah, laluan pejalan kaki/kaki lima kedai dan di taman-taman adalah tertakluk kepada kuasa-kuasa oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan/atau pemilik taman/pusat beli-belah,” jelasnya.

Ka Siong memberitahu, dalam membangunkan dasar tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, OKU Central dan persatuan-persatuan OKU pada 23 April 2021, bagi mendapatkan input daripada pihak-pihak tersebut dalam pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti.

“Sehubungan itu, bagi golongan yang benar-benar jatuh di bawah kategori OKU dan/atau mempunyai masalah kesihatan, individu berkenaan boleh menggunakan lintasan pejalan kaki yang diadakan di atas jalan (dengan berada di atas PMA) untuk melintas jalan tersebut.

“Namun, pengguna adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri dan pejalan kaki yang lain semasa melintas jalan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.