nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pakistan, India diancam gelombang haba

30 APR: Pakistan dan India terus bergelut dengan ancaman suhu paling panas selain timbul kebimbangan kemunculan gelombang keempat COVID-19.

Susulan itu, Pakistan mengeluarkan amaran haba selepas mencatatkan suhu paling panas dalam tempoh 61 tahun bulan lalu.

India pula menutupi sebahagian sekolah dan jalan raya turut lengang berikutan gelombang panas tidak menunjukkan tanda reda.

Menteri Persekutuan bagi Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman, menggesa kerajaan persekutuan dan wilayah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menguruskan gelombang haba yang kuat, yang mencecah paras tertinggi 47 darjah Celsius di beberapa bahagian negara itu.

“Asia Selatan, khususnya India dan Pakistan berdepan dengan gelombang panas yang teruk. Ia bermula pada awal April dan berterusan menyebabkan orang ramai mencari tempat berteduh,” kata Rehman dalam satu kenyataan.

“Suhu diramalkan meningkat enam hingga lapan darjah Celsius melebihi suhu purata selepas Mac lalu dicatatkan paling panas dalam rekod sejak 1961,” katanya.

Saintis memberi amaran lebih satu bilion penduduk menghadapi risiko kesan berkaitan haba di rantau ini, mengaitkan permulaan awal musim panas terik dengan perubahan iklim.

“Buat pertama kali dalam beberapa dekad, Pakistan beralih dari musim sejuk ke musim panas tanpa musim bunga,” kata Rehman.

Kerajaan juga telah memberitahu pihak berkuasa pengurusan bencana wilayah supaya segera bersedia menghadapi risiko banjir kilat di wilayah pergunungan utara akibat cairan glasier yang cepat, kata Rehman.

“Glasier di pergunungan Himalaya, Hindu Kush dan Karkoram cair dengan cepat, mewujudkan ribuan tasik glasier di utara Pakistan, sekitar 30 daripadanya berisiko menyebabkan banjir berbahaya secara tiba-tiba,” kata Kementerian Perubahan Iklim, sambil menambah kira-kira tujuh juta orang dijangka terkesan.

Seorang saintis kanan di Jabatan Meteorologi India berkata haba akan berterusan sekurang-kurangnya tiga hari akan datang, tetapi suhu akan turun selepas ketibaan monsun, dijangka di beberapa bahagian menjelang Mei.

“Masalah kesihatan akibat gelombang haba menimbulkan kebimbangan yang lebih besar daripada jangkaan gelombang keempat COVID-19,” kata doktor di India.

“Kami menerima ramai pesakit yang mengalami strok haba atau masalah berkaitan haba yang lain,” kata bekas presiden Persatuan Perubatan Ahmedabad, Mona Desai, di Gujarat, India barat.

Beliau berkata 60 hingga 70 peratus daripada pesakit membabitkan pelajar mengalami masalah muntah, cirit-birit, kolik perut, lemah badan dan gejala lain.

Jalan raya lengang di Bhubaneshwar, di negeri Odisha di timur India, sekolah ditutup, manakala di Bengal Barat, sekolah meneruskan cuti musim panas beberapa hari lagi.

Di Pakistan, menjelang cuti Aidilfitri, cuaca panas yang teruk dan bekalan elektrik terputus secara berkala membebankan penduduk lebih-lebih lagi kerana kebanyakan penduduk kini berpuasa tidak boleh makan dan minum pada waktu siang .

Permintaan yang meningkat untuk bekalan kuasa akibat peningkatan suhu dengan kekurangan bahan api dan isu infrastruktur memberi tekanan kepada sistem elektrik Pakistan, menyebabkan bekalan elektrik kerap terputus.

Penduduk di wilayah utara Khyber Pakhtunkhwa memberitahu bekalan elektrik terputus antara 10 dan 14 jam sehari. – REUTERS

Get real time updates directly on you device, subscribe now.