nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesawah terima bantuan RM200 bagi tempoh 6 bulan

18 MEI : Golongan pesawah di negara akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tersebut malam ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.

Bantuan itu menurut Ismail Sabri akan dimasukkan ke dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan.

“Tadi Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob beri cadangan kepada saya mengenai pesawah.

“Betul saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut, saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik.

“Saya dah bincang dengan Menteri Kewangan dan kerajaan bersetuju beri bantuan sementara menunggu padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim, maknanya enam bulan kita akan berikan kepada pesawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 di Kuala Lumpur malam ini.

Bantuan itu kata Perdana Menteri lagi menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa petani, nelayan dan penternak.

Tegasnya, tanpa golongan pesawah kehidupan rakyat akan menjadi sukar kerana pengorbanan golongan itu amat besar.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Jelasnya, ahli NAFAS seramai sejuta orang mampu menjayakannya.

“Kalau NAFAS terbabit dalam pengeluaran dan menjual ayam, ahli NAFAS sudah mencukupi untuk menjadi pasaran tersedia kepada NAFAS.

“Saya dah beritahu Menteri (Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Sr Ronald Kiandee) bahawa kita tidak membiarkan kerajaan sentiasa diugut oleh pengeluar ayam.

“Sebab itu saya minta NAFAS, Persatuan Peladang memainkan peranan membantu kerajaan supaya pasaran ayam dikuasai oleh kita secara tidak langsung tiada lagi ugutan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Ismail Sabri sebelum ini menggesa NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digesa melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, katanya.

Beliau berkata, NAFAS perlu memberi nafas baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

“Suka saya menarik perhatian bahawa Malaysia pada ketika ini membelanjakan lebih RM50 bilion untuk mengimport bahan makanan.

“Selain itu sewaktu menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya mengisytiharkan 2014 sebagai tahun ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’ kerana mereka inilah yang memerah keringat petani dan nelayan, dan memanipulasikan harga di pasaran.

“Jihad ini perlu diteruskan oleh NAFAS menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan Pusat Pembelian Padi, Pusat Pengumpulan Buah-Buahan, penambahan pasar tani serta pasar-pasar nelayan,” katanya

Beliau berkata, kerajaan sudah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak krisis makanan daripada berlaku di negara ini.

Katanya, kementerian terbabit juga diminta supaya mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat.

“Kebimbangan tidak cukup bekalan makanan merupakan isu global bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

“Keadaan ini berlaku ekoran pandemik COVID-19 yang mengekang kegiatan pertanian, sekali gus mengurangkan

eksport makanan oleh negara pengeluar kerana mereka lebih mengutamakan keperluan dalam negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, situasi itu bertambah buruk apabila berlaku peperangan Russia-Ukraine yang memberikan tekanan terhadap rantaian bekalan di seluruh dunia.

Malah, peperangan itu memberi ancaman kepada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia sekali gus menyebabkan inflasi makanan menjadi semakin buruk.

“Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara akibat gangguan rantaian bekalan makanan.

“Sebagai contoh, Amerika Syarikat mengalami inflasi sebanyak 8.5 peratus, United Kingdom (7 peratus),

Singapura (5.4 peratus), Australia (4.5 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).

“Bagaimanapun Malaysia mencatat kadar inflasi sebanyak 2.2 peratus, lebih rendah berbanding negara lain. Jika perang berpanjangan, kita bimbang kesan yang lebih buruk terhadap input pertanian seperti harga baja, racun dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui MAFI sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini.

Katanya, Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) itu akan disalurkan melalui LPP di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.