nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BERSATU akan kemuka calon pengganti Zuraida

26 MEI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan itu memandangkan ia adalah kuota parti berkenaan setelah Datuk Zuraida Kamaruddin meletak jawatan hari ini sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Kita akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet memandangkan kedudukan Zuraida sebagai Menteri adalah atas kuota BERSATU.

MUHYIDDIN

“Memandangkan beliau sudah membuat pengumuman menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini, keahliannya dalam BERSATU gugur serta-merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan BERSATU,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Zuraida mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet dengan memutuskan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Muhyiddin berkata, sebelum ini terdapat laporan mengatakan Zuraida terbabit secara langsung dalam penubuhan PBM dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti berkenaan.

“Kedudukan Zuraida sebagai ahli BERSATU sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti baru-baru ini,” katanya.

Susulan itu katanya, satu surat tunjuk sebab bertarikh 9 Mei lalu dihantar kepada Ahli Parlimen Ampang itu dan beliau sudah menjawab surat tunjuk sebab berkenaan menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Mei.

“Langkah seterusnya adalah untuk merujuk kes beliau ke Lembaga Disiplin parti,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan beliau kepada parti berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.