nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Russia sedia sumbang bantuan tangani krisis makanan

27 MEI : Russia bersedia menghulurkan ‘sumbangan penting’ untuk menangani krisis makanan yang semakin meruncing, sekiranya Barat menarik balik sekatan yang dikenakan susulan peperangan di Ukraine.

Presiden Vladimir Putin menekankan pendirian Moscow itu kepada Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, dalam perbualan telefon antara dua pemimpin berkenaan, semalam.

Russia dikenakan sekatan selepas Putin mengarahkan tentera negara ini untuk mencerobohi Ukraine pada 24 Februari lalu.

Sekatan dan tindakan ketenteraan yang berterusan kini telah menjejaskan pembekalan baja, gandum serta komoditi lain dari Russia dan Ukraine.

Kedua-dua negara itu mengeluarkan 30 peratus daripada bekalan gandum dunia.

“Putin menekankan bahawa Persekutuan Russia bersedia menghulurkan sumbangan penting untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijiran dan baja, tertakluk kepada penarikan balik sekatan yang dikenakan atas dorongan politik oleh Barat,” kata Kremlin dalam satu kenyataan selepas panggilan telefon berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Putin juga bercakap mengenai ‘langkah diambil bagi memastikan keselamatan navigasi, termasuk pembukaan harian koridor kemanusiaan untuk kapal awam keluar dari pelabuhan Azov dan Laut Hitam, yang didakwa dihalang oleh pihak Ukraine.’

Selain itu, Putin turut menolak dakwaan bahawa Russia harus dipersalahkan atas krisis bekalan makanan dalam pasaran global, dengan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS) membidas tawaran Putin itu secara sinis.

“Kini, mereka menggunakan alat ekonomi pula sebagai senjata. Mereka menjadikan makanan sebagai senjata. Mereka mempersenjatakan bantuan ekonomi.

“Pihak pentadbiran sedang berbincang dengan sekutu dan rakan antarabangsa kita mengenai langkah terbaik untuk menangani perkara ini,” kata jurucakap Pentagon, John Kirby.

Sementara itu pada satu sidang media, Draghi pula menjelaskan bahawa panggilan telefon terbabit dibuat bertujuan membincangkan cara untuk menangani sekatan gandum yang sedang berada dalam depoh di Ukraine.

Beliau menyarankan Russia dan Ukraine bekerjasama membuka sekatan terhadap pelabuhan Laut Hitam, iaitu lokasi gandum terbabit disimpan. Gandum berkenaan kini berisiko rosak sekiranya berterusan disimpan begitu saja.

Kerjasama disarankan itu termasuklah memastikan tiada pertempuran berlaku ketika bekalan terbabit dibawa keluar dari pelabuhan berkenaan.

Draghi memaklumkan, ‘terdapat kesediaan pihak Russia untuk menuju ke arah itu’, dan beliau akan menghubungi Presiden Volodymyr Zelensky pula untuk melihat sama ada Ukraine juga sedemikian.

“Namun, apabila ditanya sama ada saya melihat sebarang sinar harapan untuk perdamaian, jawapannya adalah tidak,” katanya. –AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.