nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Thailand kesan kes pertama cacar monyet

31 MEI : Thailand merekodkan kes pertama cacar monyet apabila seorang penumpang dalam perjalanan dari Eropah yang transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok selama kira-kira dua jam ke Australia, dikesan mengalami gejala, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Individu yang positif cacar monyet itu mempunyai lepuh di muka dan badan dan mempunyai sejarah hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dalam tempoh 21 hari lalu, dan mengembara dari negara di mana terdapat jangkitan penyakit itu.

“Beliau mempunyai sejarah terbabit dalam aktiviti dengan orang yang dijangkiti atau berkongsi bilik yang sama dengan seseorang yang dijangkiti,” kata Pengarah Epidemiologi jabatan itu, Dr Chakkarat Pittawawongon, menurut portal berita Thai PBS World.

Dr Chakkarat berkata bahawa kes yang disyaki akan tertakluk kepada ujian, pemeriksaan latar belakang risiko, penyiasatan penyakit, rawatan dan kuarantin sehingga dibuktikan bahawa mereka bebas daripada penyakit itu.

Katanya, mereka yang dijangkiti akan diberi rawatan dan diasingkan selama 21 hari selepas diagnosis.Beliau berkata, 12 anak kapal dan penumpang dalam penerbangan yang sama, yang berhubung rapat dengan individu berkenaan sudah dikuarantin di sini, selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan sebarang gejala yang dikaitkan dengan cacar monyet, tetapi mereka akan diasingkan selama 21 hari untuk memastikan mereka selamat.

“Selain itu, ujian makmal ke atas lima pelancong di Phuket, termasuk tiga beradik lelaki dari Ireland, yang pada mulanya dianggap dijangkiti cacar monyet selepas mereka mengalami lepuh, menunjukkan bahawa mereka virus herpes simplex (HSV) dan sedang menerima rawatan di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura.

“Pemeriksaan latar belakang ke atas tiga beradik terbabit menunjukkan mereka tidak pernah berhubung rapat dengan sesiapa yang dijangkiti cacar monyet,” katanya.

Di seluruh dunia, terdapat 406 kes yang disahkan dan 88 kes yang disyaki di 32 negara antara 7 Mei dan 29 Mei lalu.

Sementara itu, Jabatan Pemuliharaan Taman Negara, Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) Thailand turut meningkatkan saringan import hidupan liar di lapangan terbang dalam usaha membendung penularan cacar monyet.

Bangkok Post melaporkan bahawa DNP berusaha menyekat import haiwan liar sehingga langkah-langkah kawalan wabak cacar monyet dilaksanakan.

Pengarah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES), bahagian perlindungan haiwan liar dan tumbuhan, Prasert Sornsathapornkul berkata cacar monyet telah dimasukkan ke dalam senarai penyakit untuk pemeriksaan berkala ke atas monyet.

Kakitangan DNP diminta mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memakai sarung tangan dan alas kaki pelindung semasa melakukan pemeriksaan ke atas haiwan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.