nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada lagi subsidi kepada penternak ayam mulai 1 Julai

1 JUN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mulai 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40.

Perdana Menteri berkata, langkah terbabit bertujuan untuk memastikan bebanan kenaikan harga tidak
terlalu dirasai kerana ada sumbangan tunai ini oleh kerajaan.

“Di Malaysia harga apapun boleh naik, tetapi jangan harga ayam.

“Kalau dibiarkan harga diapung, harga ayam ketika ini boleh mencecah RM12 sekilogram, tetapi dalam usaha untuk pastikan rakyat tidak terbeban, kerajaan beri subsidi kepada penternak untuk kekal harga sebanyak RM8.90. Untuk ini kerajaan berbelanja sebanyak RM720 juta.

“Bagaimanapun, ramai penternak tidak menuntut subsidi diberikan. Mulai 1 Julai nanti, kita tidak lagi memberi subsidi kepada penternak tetapi jumlah terbabit akan diberikan terus kepada rakyat,” katanya.

BN perlu merangka formula Strategi Kemenangan PRU-15 dengan fokus kepada pemantapan jentera Pilihan Raya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga menubuhkan Tabung Agro makanan berjumlah RM500 juta dengan pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan.

Tambahnya, kerajaan juga akan mengenal pasti pertubuhan peladang dan koperasi-koperasi yang terlibat dalam projek agromakanan ini untuk dibantu dari segi kewangan.

“Kerajaan juga akan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan juga ikan. Kerajaan juga sedang mengkaji insentif cukai untuk diberikan kepada pemain industri agromakanan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh persediaan BN dalam menghadapi PRU-15 dengan mencadangkan tiga gerak kerja.

Menurutnya, BN harus sentiasa berusaha untuk mencapai budaya kerja kelas pertama yang ditafsirkan sebagai berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti.

Jelasnya, pemimpin dan ahli BN yang setia bukanlah yang ada ketika senang sahaja, namun tetap
setia walau dilambung badai setinggi mana pun.

“Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat,” katanya.

Elemen terakhir, katanya merangka formula Strategi Kemenangan PRU-15 dengan fokus kepada pemantapan jentera Pilihan Raya di antara parti komponen sekali gus mampu mencapai kemenangan dua pertiga kelak.

“Insya-Allah. Kerajaan Barisan Nasional yang kuat akan mewujudkan kestabilan politik di dalam negara, dan sekali gus menyumbang kepada kemakmuran ekonomi rantau ASEAN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.